12 December 2022

"MAHU LINDUNGI ABANG IBLIS PENDERA, JAWAB KAMU SAMA TUHAN... JANGAN LUPA SELFIE DENGAN SEJADAH" - ISTERI AFIQ MUIZ



"Mahu melindungi abang iblis pendera, menjawab kamu sama Tuhan. Teruskan sembahyang, jangan lupa selfie dengan sejadah. Doa cepat sampai dengan mobile data," demikianlah tulis isteri pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin yang memuat naik hantaran berbentuk sindiran yang ditujukan kepada seseorang menerusi Instastory.


Kemelut membabitkan Afiq dan isterinya masih lagi berpanjangan dan belum menemui jalan penyelesaian. Dalam pada itu, Pachara atau Nur Aaira Mahdeya, 31, turut meluahkan rasa kecewa apabila dilayan seperti orang yang tidak mempunyai keluarga.

Menurut Pachara lagi, dia masih mempunyai ibu dan individu itulah yang membantunya menelefon pihak polis melaporkan kejadian sewaktu menjadi mangsa dera.

"Ibu saya senyap sebab sabar. Mereka tak pernah jumpa ibu bapa saya. Jadi mungkin mereka lupa dan anggap saya ini yatim piatu. Namun, ibu bapa saya masih hidup. Dia yang membantu saya menelefon polis walaupun dia berada di Sabah. Jiran saya juga pernah telefon untuk selamatkan saya," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Pachara yang mendirikan rumah tangga dengan Afiq pada 27 Mac 2019 itu menjelaskan, sekiranya dia tidak mempunyai keluarga sekali pun, dirinya tidak sepatutnya disakiti.

"Kalau pun saya yatim piatu, patutkah kamu buat hidup manusia lain sakit? Patutkah kamu menyebelahi sang dayus yang menunggang agama? Patutkah kamu hipokrit tahap maksima?," luahnya.

Sebelum ini, adik iparnya yang juga pelakon iaitu Aishah Azman mendakwa Pachara menabur fitnah dan memutar belit cerita seolah-olah menjadi mangsa keadaan. Menurut Aishah, Afiq sama sekali tidak memukulnya sebaliknya Pachara yang mencederakan dirinya sendiri.

Susulan kejadian itu, Afiq membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor dan akan membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: