12 December 2022

BILA CHE TA SAMBUT ANNIVERSARY KE-9 DENGAN BUSANA HARGA RM80,000



"12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar 'peneman' untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.


"Alhamdulillah 9 tahun ini Allah hantar yang baik-baik saja. Tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak kawal pergerakan kami.

"Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ini sangat particular tentang agama.

"Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha ja. Kita pula feeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus perlahan-lahan tutup aurat. Alhamdulillah! Ada sebab Allah hantar 'peneman' hidup kita.

"Tak kaya, tapi kami bahagia," tutur pelakon yang juga usahawan, Rozita Che Wan yang meluahkan rasa syukur dikurniakan pelakon Zain Saidin sebagai suami.

Klik untuk gambar besar



Semalam, pasangan selebriti ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan tahun. Setiap tahu menyarung busana perkahwinan, istimewanya tahun ini, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menggayakan baju pengantin berwarna putih harganya mencecah RM80,000.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Che Ta berkata, Zain tidak pernah menyuruhnya kemas rumah atau paksa untuk memasak. Menurut Che Ta lagi, suaminya itu seorang yang sangat menitikberatkan mengenai hal agama termasuk mengingatkannya mengenai solat lima waktu.

Untuk makluman, Che Tan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24 tahun.







________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: