13 December 2022

"MULUT ORANG TAK BOLEH NAK TUTUP... NEELOFA BERTUTUP LITUP PUN KENA KECAM" - BABY SHIMA



Penyanyi Baby Shima sering kali menerima kecaman serta sentiasa menjadikan sasaran netizen, tidak kiralah apa yang dilakukan. Berhubung hal itu, Baby Shima berkata, dia enggan mengambil peduli segala kecama yang dilemparkan terhadapnya.


Memetik Utusan Online, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli juga memberitahu, dia tidak tahu mengapa setiap perkongsiannya pasti serba tidak kena di mata netizen, sama ada baik mahupun buruk pasti akan dikecam.

"Mulut orang memang tidak boleh nak tutup. Buatlah apa sahaja, sekalipun kalau saya manja dengan kucing, tetap kena kecam. Bukan saya seorang sahaja kena begitu.

Klik untuk gambar besar



"Neelofa yang bertutup litup pun tetap kena kecam. Zaman sekarang kecaman itu sudah biasa. Tidak kisahlah mahu cakap apa, saya buat tidak tahu sahaja," katanya.

Tambahnya lagi, dia hanya menjadi diri sendiri di media sosial dan tidak kisah jika ada pihak yang kurang senang dengan perkongsiannya itu kerana dia hanya mahu menghiburkan orang.

"Saya cuma jadi diri sendiri. Saya menari dan menyanyi seperti biasa. Kalau menghiburkan orang juga satu kesalahan dan terus dikecam, saya tidak boleh ambil kisah. Saya buat apa yang menyenangkan saya dan peminat setia. Itu sudah cukup," ujarnya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: