12 December 2022

"SAYA BAHAGIA MELAMPAU!" - BAD INDIGO BELUM SEDIA ULAS LEBIH LANJUT SELEPAS KONGSI FOTO SEORANG WANITA



Penyanyi Bad Indigo yang sebelum ini mengumumkan perceraian dengan penyanyi Ashira, kini sudah bertemu pengganti bagi mengisi kekosongan hati.


Ditanya lebih lanjut, Bad bagaimanapun enggan mendedahkan status dan identiti teman wanitanya dan hanya akan memaklumkan apabila tiba masanya.

"Kalau orang ucap tahniah saya terima sahaja dan balas dengan ucapan syukur. Apa boleh saya katakan sekarang ini, saya bahagia yang melampau! Kalau sudah bahagia itu tak mungkinlah seorang diri.

"Tapi status sekarang ini saya masih belum sedia untuk kongsi. Tunggulah bila tiba masa yang sesuai," kata Bad yang sebelum ini memberitahu dia kini sedang gembira dengan memuat naik gambar seorang wanita namun hanya menunjukkan separuh bahagian muka, menerusi di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar



Meninjau ke ruangan komen, ramai yang sudah mengucap tahniah dan menjangkakan Bad akan kembali berumah tangga. Bercakap soal cinta, kata Bad, dia tidak pernah menutup hatinya untuk kembali menerima seseorang selepas rumah tangganya dengan Ashira berakhir.

Kata Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, soal hati dan perasaan adalah milik Allah dan apa yang berlaku adalah semua ketentuan daripada-Nya.

"Hati ini milik Allah. Saya pun tak pernah tutup hati untuk menerima orang baru. Kalau Allah sudah kata jadi maka jadilah ia. Saya sangat gembira apabila ramai yang memberi ucapakan tahniah. Barulah saya tahu mereka semua mendoakan untuk saya terus bahagia. Terima kasih atas semua doa itu," tuturnya.



Untuk makluman, Bad dan Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 dan itu merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Pasangan ini bagaimanapun mengambil keputusan untuk bercerai sekitar Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Bad yang dilihat aktif memuat naik video nyanyian di laman sosial memberitahu ia adalah tanda dia dan anggota Indigo lain masih bersama sebagai sebuah kumpulan.

"Selalunya orang hanya kenal nama kumpulan Indigo dan lagu kami sedang mereka tidak tahu setiap satu anggotanya. Kalau ada yang menamakan saya sebagai bekas anggota Indigo itu adalah tidak benar!

"Sebab itu saya selalu buat nyanyian cover di media sosial supaya orang tahu kewujudan kami. Diharapkan selepas ini akan terima lebih banyak undangan," jelasnya.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: