12 December 2022

"SAYA TAK PERNAH CAKAP APA-APA" - JANNA NICK TAK MARAH KISAH CINTA DIJADIKAN SPEKULASI



"Saya tidak pernah menafikan atau mengiyakan. Daripada awal, saya tak pernah cakap apa-apa (berkaitan masalah cinta). Hanya kerana tajuk-tajuk berita yang tulis begitu, saya putus cinta, kecewa, mereka iyakan serta buat spekulasi.


"Kemudian sendiri jadi kecewa dan sedih. Saya minta maaflah. Tapi, takkan semua hal saya nak kena kongsi dengan semua orang. Sumpah, saya pernah melalui fasa itu (kecewa dalam cinta).

"Saya pun tak salahkan kalau ada yang buat spekulasi. Saya tak marah langsung. Malah, soal masih keluar bersama Dini, kami tetap saja berkawan lagi dan dia pun 'partner' (rakan niaga) dalam syarikat kami," ujar pelakon Janna Nick.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, akui memang berdepan fasa patah hati, terluka, sedih, kecewa sehingga menyepi diri hampir sebulan akibat terkait desas-desus kemelut cinta dengan kekasihnya juga pelakon Dini Schatzmann, 28.

Klik untuk gambar besar



Tambah Janna yang juga seorang penynyi itu, dia sedar bahawa bahagia yang dicari bukan semestinya menjadi miliknya dan perlu kuatkan diri menghadapi kesedihan itu.

"Saya sedar sebesar mana orang itu sayang, dia tak mungkin kekal selamanya. Itu bahagian paling sulit. Kena sedar dalam sini (hati), bahagia dan rasa sayang macam mana pun, orang datang dan pergi.

"Kita tak boleh miliki hati mereka kalau mereka pilih untuk pergi. Lepaskan. Saya pun takkan paksa orang untuk kekal. Saya tahu harga diri, saya berdikari.

"Memang sedih orang yang pernah kita sayang, ada dalam hidup kita, lalui fasa-fasa bahagia akhirnya pergi. Tapi, takkan sebab dia pergi kita kena terus benci," katanya dalam temubual bersama program Melodi TV3.

Janna turut memohon maaf kepada peminat terutamanya yang kecewa atau merasakan luahan-luahan sedihnya di media sosial hanya sekadar menagih perhatian dan cuba mainkan perasaan ramai.

Sebelum ini, Janna memuat naik perkongsiannya di media sosial yang seolah-olah menggambarkan dia berhadapan masalah cinta dengan kekasihnya, sehingga ia menarik perhatian ramai.

Ia diperkuatkan lagi apabila Janna bertindak untuk tidak mengikuti (unfollow) Dini di Instagram, termasuk dia juga sanggup membawa diri bercuti sendirian ke Eropah bagi menenangkan diri. 


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: