12 December 2022

"BILA TIME EMAK PUNYA BIRTHDAY BERDUYUN-DUYUN YANG SAMPAI" - CHEF WAN LUAH KESAL ADIK-BERADIK TAK NAK JAGA IBU



Selebriti cef popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikeali sebagai Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada meluahkan rasa sedih dengan keadaan ibunya, Cik Ani yang bertambah teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.


Difahamkan, ibu Chef Wan yang kini mencecah usia 91 tahun itu penghidap kanser payudara serta dimentia. Jelas Chef wan, ibunya kini tidak tahu untuk berbuat apa-apa termasuk untuk mengikat kain sendiri.

Dalam pada itu, Chef Wan turut meluahkan rasa kesal dengan sikap adik-beradiknya yang sering memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan sedemikian dan saling menunding jari.

Klik untuk gambar besar



"Saya ada beritahu kakak dan abang mengenai keadaan ibu dengan meminta mereka supaya meluangkan masa bersamanya. Seperti biasa, masing-masing mula menunding jari orang itu yang perlu jaga dan ini. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam 'suka hati kau orang la'.

"Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata," tulisnya.


________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: