25 December 2022

BILA SAFIEY ILLIAS THROWBACK GAMBAR LAMA ZAMAN SEKOLAH



Usahawan kontroversi, Safiey Illias menerusi muat naik di laman Instagram baru-baru ini, telah berkongsi gambar throwback dirinya ketika masih di bangku sekolah.


Dalam hantaran tersebut, Safiey berkata, gambar tersebut dirakam ketika dia berada di tingkatan 1 dan dalam masa sama mendedahkan tentang kesukarannya untuk mendapatkan tona kulitnya yang cerah seperti hari ini.

Jelas Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias, setiap orang perlulah mempercayai proses yang berlaku dan tidak membandingkan diri dengan orang lain.

Klik untuk gambar besar



"Saja upload gambar Nurwanita masa form 1. Gelap kan kita. Hehe. Sebab tu sampai sekarang kita memang tak pernah tukar jual poduk-produk kasi skin glow mulus gitu.

"Sebab kita pun struggle dulu nak dapat skin macam sekarang. Sebab tu customer kita daripada 2010 sekarang tetap setia dengan kita walau kita keluarlah lain-lain brand poduk. Sebab mereka dah trusted dengan keberkesanan produk kita.

"TRUST THE PROCESS tau. Nak dapat customer yang setia ni semuanya ambik masa. Jangan compare diri kita dengan orang lain. Lain orang lain targetnya, lain padang lain belalangnya. Dapat sesuatu ?? Like komen sikit nak tengok berapa ramai nampak posting ni ❤️," tulisnya.



Perkongsian Safiey itu menyorot perhatian netizen yang memuji kesungguhan usahawan itu mengelolakan bisnesnya. Selain pujian, ada juga yang mempertikaikan keadaan usahawan itu pada masa kini yang ke arah kewanitaan.

"Safiey ni hebat orangnya. Kalaulah kamu menjadi diri kamu sendiri, nikahi seorang wanita, luaskan kerjaya. Banyak manfaat orang boleh dapat daripada seorang Safiey Illias. Dahlah SPM perform, bisnes perform. Tapi sayangnya, hmm."

"Kalau abang tak tukar jantina dah lama hensem. Saya dah lama pendam ayat ni hari ni terpaksa jujur. Semoga ada cahaya hidayah abang untuk bertaubat," antara komen-komen netizen.




________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: