25 December 2022

DIPERSOAL SAMBUT KRISMAS - NOURUL DEPP AKUI HANYA RAIKAN IBU BAPA MENTUA YANG KINI BERADA DI BALI



Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp telah memuat naik video memaparkan suaminya, Eric Daniel Depp sedang membuat persediaan untuk memberi kejutan Krismas kepada anak-anaknya sebelum hantaran itu dipadamkan.


Seperti yang dikongsikannya di laman Instagram semalam, Nourul menjelaskan bahawa dia dan keluarganya meraikan sambutan Krismas, adalah untuk meraikan ibu dan bapa mentuanya yang kini berada di Bali.

Dalam hantaran terbaru di Instagram Story, Nourul, 45, berkata, dia dan keluarga sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah memandangkan kedua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.

Klik untuk gambar besar



"Semalam, tak sempat nak tulis 'caption' bagi habis. Ibu dan bapa mentua ada di sini. Saja bagi mereka gembira. Apa pun, mentua saya tak amalkan sangat dah agama mereka. Kami buat semua ini untuk gembira dan raikan hadiah hujung tahun," tulisnya.

Dalam masa sama, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab turut menjawab persoalan beberapa netizen sejak semalam, yang mempersoalkan imannya sebagai orang Islam.

"Jika terpesong, bermaksud sebagai Islam yang 'mass' di gereja (sembahyang untuk orang Kristian), itu, boleh hukum saya. Saya tak pernah meletakkan agama jauh dari fikiran dan hati. Itu peribadinya Tuhan sahaja yang tahu. Kamu yang menghukum itu, terimalah nanti," tulisnya.












________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: