25 December 2022

"KALAU SAYA DAPAT DUIT BEGITU, LEBIH BAIK SEDEKAH..." - REEN RAHIM JELAS TAJAAN RM15 JUTA UNTUK AKSESORI, KAHWIN GUNA DUIT SENDIRI



"Ramai yang ingat saya dapat RM15 juta untuk buat majlis, tetapi sebenarnya nilai itu adalah aksesori yang saya pakai. Ia termasuk untuk malam berinai, pernikahan dan resepsi. Bukanlah dapat tajaan untuk perbelanjaan majlis. Kalau saya dapat duit begitu, lebih baik sedekah kepada orang yang memerlukan.


"Urusan majlis perkahwinan ini saya gunakan khidmat wedding planner dan guna duit sendiri," ujar pelakon Reen Rahim yang menjelaskan tajaan yang diterima untuk majlis perkahwinannya hanyalah aksesori barang kemas yang dipakai bernilai RM15 juta dan bukannya perbelanjaan keseluruhan.

Pelakon itu sebelum ini pernah memaklumkan, dia menerima tajaan berjumlah RM15 juta hingga menimbulkan kekeliruan ramai yang beranggapan majlis perkahwinannya terlalu mewah dengan kos sedemikian.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, yang sah bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dengan sekali lafaz semalam itu berkata, perbelanjaan untuk tiga majlis yang diadakan pula diuruskan oleh perancang perkahwinan dengan menggunakan duit sendiri.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Reen turut memberitahu, dia juga tidak pernah berniat untuk menyembunyikan hubungan cinta mereka kerana dilihat tidak pernah berkongsi gambar bersama di sosial media.

Sebaliknya, kata Reen, dia mahu menghormati dan menjaga hati suami supaya tidak mendengar gosip atau cerita yang tidak betul tentang hubungan tersebut.

"Saya ini selebriti dan keluarga sudah biasa dengar gosip. Namun tidak bagi keluarga suami. Jadi saya hormat dan mahu menjaga sensitiviti mereka. Saya ini bukanlah orang yang baik. Tak mahulah keluar cerita yang tidak elok dan boleh mengguris hati keluarga dia. Tiada niat nak sorok pun," tuturnya.



Sementara itu, suami Reen pula berkata, dia tidak meletakkan sebarang syarat, mahupun menghalang sterinya itu terlibat dalam dunia lakonan kerana percaya isterinya itu bijak menjaga batas.

"Kerjaya lakonan itu adalah rezeki dia, saya tidak akan halang dan terus memberi sokongan. Dia tahu apa yang baik dan buruk sebagai seorang isteri yang bekerja. Kalau ada yang salah saya akan tegur untuk betulkan," katanya.

Ditanya pula mengenai bulan madu, pasangan ini juga memaklumkan belum ada perancangan dalam masa terdekat kerana terlibat dengan urusan kerja.

"Kami juga masih belum rancang untuk berbulan madu. Majlis ini pun dirancang dalam tempoh lima bulan, jadi tak sempat lagi nak fikir soal bulan madu. Mungkin selepas selesai semua urusan kerja barulah kami akan berbulan madu," jelasnya.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: