25 December 2022

AL-FATIHAH - IBU ALYA IMAN KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Mama sudah lama menghidap kanser dan dia duduk di hospital sejak empat bulan lalu. Mama menghembuskan nafas terakhir selepas sehari keluar hospital di rumah yang sama dengan arwah ayah (Allahyarham Azmil Mustapha) meninggal dunia pada tahun 2018.


"Mama memang nak sangat balik rumah dan setiap hari dia minta kami adik-beradik untuk bawa pulang. Mungkin dia sudah bersedia untuk pergi dan minta untuk menghabiskan hayatnya di rumah," demikian jelas pelakon Alya Iman mengenai ibunya iaitu Jamaliah Jamari, 54, yang meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada petang Sabtu.

Berkongsi khabar duka itu, Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil, 21, memberitahu arwah ibunya sudah lama menghidap penyakit kanser dan menerima rawatan di hospital sejak empat bulan lalu.

Kata Alya, ibu meminta dibawa pulang ke rumah untuk bersama anak-anak, meskipun masih menerima rawatan di hospital. Permintaan tersebut seakan-akan memberi gambaran arwah bersedia untuk 'pergi' buat selama-lamanya.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, jenazah ibu Alya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Jamaliah di Ijok, Selangor pada pagi Ahad.

Berkongsi kenangan bersama arwah, Alya berkata ibunya sangat suka menyanyikan lagu 'My Baby You' nyanyian Marc Anthony. Oleh kerana itulah, dia memuat naik satu video menggunakan latar belakang lagu tersebut sebagai kenangan pemergian ibunya.

"Ibu suka menyanyikan lagu itu untuk saya. Sehingga sekarang masih bermain dalam kepala arwah sedang menyanyikan lagu tersebut," tuturnya.

Untuk makluman, Jamaliah merupakan bekas isteri kepada pelakon veteran Allahyarham Azmil Mustapha yang meninggal dunia pada 14 Februari 2018.




________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: