25 December 2022

FAMILI DUO - SAIDA & SAERAH TAK TERASA HATI KRITIKAN AJAI YANG GELAR MEREKA 'MAKCIK-MAKCIK'



"Kami tahu umur kami memang dah level 'makcik-makcik tapi terasa jugalah. Kami memang dah sampai tahap itu berbanding dengan anak-anak muda, jadi kami mungkin ambil masa lebih nak berlawan dengan mereka.


"Memang mak cik dah pun. Saya dah umur 46 tahun, tapi masuk bertanding dengan mereka yang pangkat adik-adik. Saya dan Saerah akan perbaiki diri tapi komen itu membantu sebenarnya agar kami lebih peka...

"Kami akan tukar 'makcik-makcik' kepada 'adik-adik'," itulah kata Siti Saida, 46, mengenai kritikan juri tetap Ajai berkenaan persembahannya bersama adik, Siti Saerah, 39, di pentas Famili Duo, Ahad lalu.

Adik-beradik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengaku terasa hati dengan teguran salah seorang juri profesional program berkenaan yang memberi gelaran 'makcik-makcik' kepada mereka.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin berkata, dia menyedari usia mereka sudah lanjut berbanding peserta lain namun menerima baik teguran diberikan Ajai kepada mereka untuk memperbaiki diri pada minggu akan datang.

Klik untuk gambar besar



"Selepas ini kami akan peka dengan teguran dan ambil yang positif. Kami faham yang kami bertanding dengan peserta yang 'fresh' dan nampak jurang perbezaan dengan kami. Itu perkara biasa," tutur Saida dan Saerah.

Dalam pada itu, Saerah atau nama sebenarnya Siti Nursairah Tarudin, menyangkal dakwaan dia menangis selepas dipanggil makcik semasa mendengar komen juri. Sebaliknya kata Saerah, dia sedikit beremosi ketika menyampaikan lagu 'Teman Tapi Mesra', 'Pupus' dan 'Pudar' sehingga mengalirkan air mata.

"Saya bukan menangis sebab itu tapi lagu yang dibawa membuatkan saya sebak. Komen Ajai kami ambil secara positif dan tiada masalah kami bersaing dengan pendatang baru yang lebih fresh dan mempunyai perbezaan ketara," jelasnya.

Mereka juga menafikan faktor terlalu yakin sebagai punca persembahan kurang menonjol berbanding peserta lain.



"Kami menyanyi seperti biasa. Cuma biasalah awal persembahan ada sedikit masalah teknikal dan ia buat kami gementar. Apabila tak dengar suara kat monitor, perasaan panik pun melanda.

"Saya sendiri pun akui mempunyai masalah cepat gugup dan gemuruh apabila beraksi di pentas pertandingan. Saya sebenarnya dari dulu lagi badi pentas. Bila beraksi di pentas yang besar ini, ia sangat mencabar bagi saya," ujar Saida.

Saerah pula berkata, dia bertanggungjawab memberikan semangat buat Saida supaya meneruskan persembahan, selepas melihat kakaknya itu gugup.

"Dia rasa dia ada buat silap dan bagi saya ia perkara biasa. Ini baru minggu pertama dan ada banyak masa lagi. Kami masuk pertandingan bukan kerana niat untuk menang. Tapi, untuk kami belajar dan memperbaiki dan tonjolkan balik bakat. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik," katanya.



Sementara itu, Saida juga memberitahu bahawa dia agak takut berada di atas pentas sehingga membuatkan dia berfikir pelbagai pekara yang memberi kesan kepada persembahannya.

"Saya sebenarnya sememangnya dari dulu badi pentas, tugas diberi di pentas yang besar ini agak mencabar dengan adik-adik kita. Saya akan perlahan-lahan buang perkara yang merisaukan itu.

"Rasa mencabar tapi seronok dengan mereka... mereka pun banyak beri semangat pada kami. Jadi sedikit sebanyak rasa nervous dah banyak kurang cuma jangan buat silap sahaja," kongsinya.

Dalam pada itu, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 47, berkata, dia mahu setiap peserta mengambil serius apabila menyertai mana-mana pertandingan.

"Pada saya umur hanya angka. Tidak kira siapa mereka, tapi perkara 'up to date' itu merangkumi persembahan. Kita nakkan kelainan. Kamu (Saida dan Sairah) nampak yang lain bersungguh-sungguh, jadi buat yang terbaik.

"Bahasa yang saya komen pula ialah bahasa seharian. Macam kita cakap, kau jangan mak cik-mak cik sangat. Jadi, kena ambil positif," katanya.

Untuk makluman, pasangan duet Bella Astillah dan Wani Kayrie berada di kedudukan pertama dengan markah 62.4% diikuti dengan Ayda Jebat dan Fyna Jebat (59.7%), Naim Daniel dan Sissy Iman (58.0%), Sabhi Saddi dan Fareedpf K-Clique (45.4%).

Manakala Ara Johari dan Shaffiq Erwin (42.6%), Siti Saida dan Siti Sairah (35.4%) serta Zaki Yamani dan Yamani Abdillah (32.5%) berada di kedudukan tiga di bawah.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan bertanding merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: