Pelakon Azhar Sulaiman menerusi akaun tiktok miliknya baru-baru ini ada berkongsi video anak sulung iaitu Kasih Leia Ixora. Jarang ditonjolkan di media sosial, penampilan anak gadis pelakon itu telah mencuri tumpuan netizen.
Azhar Sulaiman memuat naik video gelagat Leia yang sedang menunggu untuk keluar bersama kawan-kawannya. Dalam video tersebut, pelakon itu menyoal Leia tentang aktiviti yang akan dilakukan kerana pakaian yang digayakan anaknya itu agak terdedah.
Leia yang pada mulanya mengenakan baju putih kemudiannya dilihat mengenakan baju labuh dan bertudung hitam.
Menjengah ke ruangan komen, ramai tidak menyangka Azhar mempunyai anak selain kembar Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Klik untuk gambar besar
"Waa baru tahu ada seorang lagi. Selalu nampak Leona dan abang je. Cantik.
Kata netizen, Leia lebih mirip Azhar berbanding kembar, Leona dan Andika. Namun ada juga yang menegur keadaan Leia yang kelihatan agak kurus dan bertanyakan sama ada gadis berusia 22 tahun itu sakit atau tidak. Malah, ada juga yang mendakwa Leia menghidap penyakit ADHD.
Apa-apa pun, semoga anak-anak Azhar Sulaiman sihat dan berada dalam keadaan baik semuanya.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment