25 December 2022

"SAYA SANGAT MENGHARGAI..." - NAD ZAINAL LUAH RASA SYUKUR SUDAH DIBENARKAN KELUAR WAD



Pelakon Nad Zainal yang tampil membuat kemunculan pertama menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Sabtu itu meluahkan rasa syukur apabila sudah dibenarkan keluar wad dan kembali ke pangkuan keluarga dan bertemu kedua-dua anaknya, selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.


Dalam pada itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, turut menjelaskan keadaan terkini kesihatannya yang masih belum sembuh sepenuhnya selain mudah mengalami masalah pernafasan pendek apabila terlalu banyak bercakap.

Pun begitu, menerusi video siaran langsung berkenaan, Nad yang mengenakan baju berwarna hitam dan tudung rona krim kelihatan ceria dan aktif selain tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua yang sering mendoakan kesihatannya.

"Pengalaman selama sebulan di hospital amat bermakna buat saya menghargai kehidupan saya dan lebih berhati-hati tentang kesihatan saya... menghargai orang sekeliling dan selalu buat pemeriksaan kesihatan serta menghargai semua makanan.

"Nafas saya masih pendek, tak boleh cakap banyak kerana paru-paru masih belum sembuh sepenuhnya. Apabila saya dah mula tercungap percakapan saya akan jadi laju atau terlalu perlahan... saya juga mengalami batuk tapi bukan kerana C0V1D," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Nad, buat masa ini, dia perlu menelen 11 biji ubat setiap hari bagi membantu proses penyembuhan selain perlu membuat senaman pernafasan.

Berhubung spekulasi yang bertebaran sepanjang menerima rawatan dan ditidurkan, Nad menafikan dakwaan kononnya dia sakit disebabkan kesan long C0V1D dan juga menghidap sakit buah pinggang kesan pengambilan suplemen itu tidak benar sama sekali.

"Semua dakwaan itu tidak benar. Saya hanya mengalami masalah paru-paru berdarah. Saya sendiri sukar nak jelaskan punca mengapa ia berlaku... tapi saya akan kongsi lebih lanjut mengenainya kelak," ujarnya.

Sementara itu, Nad turut melahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapanya dan rakan-rakan selebriti yang tidak henti-henti bertanya khabar dan risaukan keadaan kesihatannya, selain banyak membantu dia serta mengumpulkan dana bagi menampung kos rawatan sepanjang di hospital.

Terutama sekali rakannya, pelakon Ungku Ismail, Nad meluahkan rasa terharu serta menghargainya yang banyak membantu serta menjelaskan semua spekulasi tidak benar tentang keadaannya kepada orang ramai.

"Waktu sakit kawan-kawan terdekat begitu merisaukan keadaan kesihatan saya. Begitu juga dengan ahli keluarga. Keluarga saya sangat kuat. Walaupun saya anak yang degil tapi mereka tetap bersama saya. Sepanjang ditidurkan juga saya selalu terbayangkan wajah anak-anak dan ibu bapa saya," katanya.

"Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz. Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi," katanya.

Akhir kata, Nad memaklumkan, buat masa ini, dia akan berehat daripada lakonan bagi membolehkan dia benar-benar sembuh sebelum kembali ke set penggambaran.

"Saya ambil rehat selama dua bulan untuk persiapkan diri saya. Kalau nak berlakon pun saya nak persiapkan diri saya... saya nak kembali dalam keadaan sihat dan nak berikan yang terbaik kepada peminat yang mendoakan saya. Rakan-rakan dan keluarga pun minta saya untuk berehat dahulu dan tidak terus berkerja," jelasnya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Malah, sejak Nad dirawat di hospital, pelakon Ungku Ismail dan juga pengarah Shahrulezad Mohammedin banyak berkongsi perkembangan aktres berkenaan.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: