24 December 2022

SELAMAT BERNIKAH - REEN RAHIM KINI ISTERI AHLI PERNIAGAAN, AHMAD NUR HAZIM



Kira-kira pukul 9.05 malam tadi, pelakon Reen Rahim, 34, telah pun selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu seorang ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, dengan sekali lafaz.


Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, pasangan ini dinikahkan bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu menyaksikan Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.

Pada majlis itu, pihak lelaki telah memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, pasangan ini juga akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, malam esok.

Semalam, Reen yang berkenalan dengan suaminya sejak dua tahun lalu itu telah mengadakan majlis Malam Berinai bertemakan Bollywood di sebuah lokasi di Hulu Langat, Selangor.

Berkongsi mengenai keseluruhan tiga majlis, Reen meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat tajaan sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak.

Sebelum ini, Reen membuat kejutan apabila mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga, malah sudah mengikat tali pertunangan pada 12 Ogos lalu.




________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: