Penampilan pelakon Nadia Brian sering kali menjadi buah mulut netizen yang beranggapan pemilihan pakaiannya keterlaluan dan menjolok mata, sejak kembali solo.
Terkini, nama Nadia Brian kembali hangat diperkatakan selepas dia memuat naik video dimana dia menggayakan busana serba putih dengan bahagian baju bercorak kain renda mendedahkan bahagian dada dan pinggang, menerusi aplikasi TikTok miliknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, memaparkan Nadia sedang sibuk menari dengan pakaian yang menjolok mata itu. Difahamkan, Nadia menggayakan busana tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran Sheik di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur semalam.
Perkongsian Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, itu mengundang kecaman dan menimbulkan rasa kurang senang netizen dengan penampilannya itu.
Klik untuk gambar besar
Malah, kata mereka, pada bahagian leher pakaian itu juga dilihat seperti cangkuk pakaian dalam wanita sekali gus membuatkan busana tersebut kelihatan pelik.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan pemakaiannya serta meminta pelakon itu segera bertaubat. Dalam pada itu, ada segelintir netizen memberikan teguran buat pelakon itu serta mendoakan agar diberikan hidayah.
Bukan itu sahaja, ruangan komen itu juga dipenuhi dengan komen nakal daripada kaum lelaki. Sebelum ini, Nadia juga pernah dikecam warganet selepas menggayakan pakaian berwarna merah jambu yang menonjolkan bentuk payudara miliknya.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment