24 December 2022

BERCUTI DI JEPUN - PUTERI SARAH AKUI SUDAH LAMA 'MOVE ON': "JIKA BETUL KAHWIN, ALHAMDULILLAH... BAGUS, SEBAB TIDAKLAH TANGGUNG DOSA"



Enggan dibelenggu hal yang melanda rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, dilihat sedang 'menenangkan diri' dengan bercuti ke Tokyo, Jepun bersama anak-anaknya dan dijangka pulang ke tanah air pada awal Januari depan.


Dalam hantaran tersebut, Puteri Sarah tidak lokek berkongsikan gambarnya bersama anak-anak di lapangan terbang serta momen berada di negara matahari terbit itu.

Perkongsian Puteri Sarah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang berharap pelakon itu seronok bercuti dengan anak-anak di sana serta sentiasa dilindungi Allah.

Tidak kurang juga, ada pengguna laman sosial berseloroh meminta pelakon berkenaan membawa pulang 'Yakuza' sebaik pulang dari Jepun.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Puteri Sarah Liyana akui yang dia sudah lama menerima mesej langsung yang mendakwa suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sudah berkahwin dengan Ira Kazar. Ini kerana jelasnya, kesemua maklumat tersebut diperoleh daripada orang yang mengenali pihak sebelah sana.

Kata pelakon itu lagi, pada awalnya dia menyangka berita perkahwinan tersebut hanyalah desas-desus sahaja namun isu tersebut dilihat semakin menjadi-menjadi dan ianya secara tidak langsung membuatkan ramai individu bersimpati dengan nasib dirinya dan anak-anak.

Dalam pada itu, mengulas perasaannya apabila didakwa dimadukan, Puteri Sarah juga akui sudah tidak kisah, malah tidak menghalang suaminya itu berkahwin lagi namun dia berharap agar Syamsul menjelaskan situasi sebenar dan tidak menyembunyikan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

"Kebanyakannya kasihan melihat saya, anak dan keluarga mentua yang tidak mengetahui apa yang dilakukan Syamsul di belakang kami. Namun, saya tidak terkejut walaupun Syamsul bermati-matian menafikan kesahihan gosip kahwin dua.



"Bagi saya, lagi banyak kesilapan yang mahu ditutup, lagi banyak kebenaran akan terdedah. Percayalah, ini semua kuasa doa isteri dan ibunya, Datin Patimah Ismail yang baru pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Jujurnya, saya tidak peduli dengan apa yang nak berlaku. Saya sudah lama 'move on', cuma sebagai wanita yang masih bergelar isteri, tentunya saya mahukan kebenaran.

"Jika betul kahwin, Alhamdulillah. Bagus, sebab tidaklah menanggung dosa. Saya juga tidak mahu dianggap bersubahat jika tahu tahap mana hubungan mereka.



"Kalau dah kahwin, berterus-terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti 'cowboy'," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Tambahnya, dia sudah reda dengan apa yang berlaku bahkan dia menerima segala ketentuan-Nya dengan berlapang dada. Puteri Sarah turut memaklumkan sebaik pulang ke Malaysia pada tahun hadapan, dia akan menyelesaikan segala urusan perkahwinannya.

"Ibu bapa mentua memang kecewa, malah menangis mendengar cerita ini. Mereka ada bertanya kepada Syamsul sendiri berhubung gosip yang hangat diperkatakan. Tetapi, biasalah Syamsul takkan mengaku. Bagi saya, berani buat, berani tanggung.

"Sampai bila nak sorok, sedangkan orang sudah mula menghidu? Kalau dahulu, saya selidik sampai lubang cacing sebab nak tahu kebenaran, tetapi sekarang, semua maklumat datang tanpa diminta. Saya juga mahukan 'titik noktah' agar boleh meneruskan hidup bersama anak dengan aman," tuturnya.



Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan menerima mesej daripada seorang individu mendakwa suaminya sudah bernikah dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Susulan dakwaan tersebut, Syamsul mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.














________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: