24 December 2022

HASNOL KESAL GAMBARNYA SEMASA JALANI PEMBEDAHAN LUTUT DIGUNA SCAMMER



"Saya baru tahu perkara ini daripada seorang wanita yang hampir terkena. Mujurlah dia semak dulu dan tidak terpedaya. Dia cari profil saya di Instagram dan hantar tangkap layar dengan individu scammer itu untuk saya ambil tindakan lanjut."


Ujar penyanyi Hasnol Hassan Ariff, 52, yang kesal dengan tindakan seorang lelaki yang mencuri gambar-gambarnya semasa menjalani pembedahan lutut pada Julai lalu di media sosial dan menggunakan gambar itu untuk meminta wang daripada orang ramai di Facebook.

Kata Hasnol, lelaki dipercayai scammer itu mendakwa kononnya dia adalah kawan Hasnol dan mahu meminjam wang daripada mereka yang bersimpati dengan menyertakan nombor akaun bank.

Malah, jelas Hasnol, dia mendapatkan perkara ini selepas seorang wanita tampil memaklumkan kerana tidak mahu nama penyanyi itu busuk seolah-olah memeras wang orang konon keadaannya sedang sakit.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, wanita terbabit sengaja melengahkan pemindahan wang supaya dia boleh membuat laporan polis, namun menghebohkan dulu dengan pihak media berhubung kegiatan scammer itu.

"Saya baru nak buat laporan polis. Wanita ini pun tahu ia scam. Jadi dia lengahkan pemindahan wang hingga saya boleh buat laporan polis dan hebohkan dulu dengan pihak media.

"Dia lengahkan supaya dapat nombor akaun scammer ini dan dari situ boleh kesan semua maklumat selepas laporan polis. Modus operandinya ialah mencari mangsa menggunakan platform dating Facebook," katanya yang tidak mahu masyarakat tertipu.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: