"Assalamualaikum WBT. Jumpa di live TikTok pada 8 malam," demikianlah kapsyen yang ditulis pada muat naik terbaru di laman Instagram pelakon Nad Zainal dimana dia bakal membuat siaran langsung di TikTok miliknya pada pukul 8 malam Sabtu, selepas sebulan dimasukkan ke hospital.
Difahamkan, kemunculan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, menerusi siaran langsung itu bagi berkongsi perkembangan terkini keadaan dirinya selepas menerima rawatan akibat pendarahan dalam paru-paru.
Bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran tersebut telah ditutup. Sebelum ini, pengarah Shahrulezad Mohammedin memaklumkan Nad sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif.
Dalm masa sama, Shahrulezad juga memberitahu pelakon berkenaan telah dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.
Klik untuk gambar besar
"Untuk pengetahuan korang, keadaan Nanad (panggilan Nad Zainal) sekarang tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak di intubated. Malah, Nanad dah sedar.
"Dia juga sudah boleh berbual dan bergelak ketawa. Dia sudah boleh ke tandas sendiri walaupun kami melarang kerana paru-parunya masih belum kuat," jelasnya.
Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
________ IKLAN ________
PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.
Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment