24 December 2022

"SAYA SUDAH TIADA DUIT, TOLONGLAH!" - SAZALI P RAMLEE



"Kudrat saya tidak sekuat zaman muda. Saya nak keluar bekerja pun sangat susah. Sebagai waris tunggal saya harap kerajaan dapat melihat semula dan membantu saya.


"Kalau boleh wang royalti bapa saya diteruskan untuk tempoh tiga tahun lagi. Ia sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya dapatlah saya menampung perbelanjaan tahunan saya dan isteri.

"Lagipun jumlah wang royalti yang diterima sekarang ini tidak sebanyak dulu. Saya tak boleh jadi kaya pun dengan wang itu, sebaliknya dapat digunakan untuk perbelanjaan harian saya.

"Saya sudah tiada duit. Tolonglah!" itulah kata anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali, 63, yang merayu kepada kerajaan untuk membantu memanjangkan tempoh wang royalti karya bapanya daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) yang diterima selama ini.

Jelas Sazali, di usia 63 tahun dia juga tidak dapat bekerja untuk menampung perbelanjaan dia dan isteri memandangkan mereka berdua berdepan masalah kesihatan.

Ujarnya lagi, sebelum ini, dia ada menghubungi MACP bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai permintaannya supaya kerajaan dan pihak bertanggungjawab menambah tempoh perlindungan hak cipta.

Klik untuk gambar besar



"Bagaimanapun, MACP memaklumkan mereka belum terima sebarang jawapan daripada kerajaan ( terdahulu) berhubung permintaan untuk memanjangkan tempoh wang royalti karya bapa saya.

"Justeru saya berharap kerajaan sekarang iaitu Kerajaan Perpaduan ini dapat melihat semula dan mempertimbangkan permintaan saya ini.

"Saya dan isteri bukannya hidup senang, kami bergantung dengan wang royalti untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana kesihatan saya dan isteri tidak berada dalam keadaan baik," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Sazali meluahkan isi hatinya yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini bakal tamat tahun depan.

Dalam pada itu, beberapa pihak termasuk persatuan hiburan dan artis memohon kerajaan mempertimbangkan supaya tempoh perlindungan hak cipta dinaikkan kepada 70 tahun berbanding 50 tahun ketika ini atau waris boleh menerima royalti selama-lamanya.

MACP pula bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi isu berkenaan bersama kerajaan.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: