24 December 2022

SANGKAL DAKWAAN 'HILANG' LAGI - SHAHIR TERKILAN IG KENA GODAM, SCAMMER MINTA DUIT DAPATKAN KEMBALI AKAUN



Ekoran dilihat tidak lagi aktif di media sosial serta memadamkan semua gambar pernah dimuat naik di Instagram sebelum ini, penyanyi Shahir Zawawi, 34, telah disangka 'menghilangkan diri' lagi sekali.


Dakwaan tersebut bagaimanapun telah disangkal oleh Shahir. Sebaliknya kata Shahir, perkara tersebut disebabkan Instagram miliknya telah digodam kira-kira sebulan lalu selepas dia secara tidak sengaja membalas satu direct message yang dihantar kepadanya.

"Ceritanya pada satu pagi dalam keadaan masih mamai selepas bangun tidur saya dapat mesej minta saya klik satu pautan. Ingatkan betul daripada pihak Instagram, rupa-rupanya penggodam.

"Pada awalnya dia juga minta saya bayar sebanyak AS$200 (RM885) tapi saya rasa ragu-ragu dan tidak meneruskan permintaan tersebut. Tanpa disedari semua gambar saya hilang. Saya tak hilang... cuma Instagram yang kena hack," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shahir turut memberitahu dia telah membuat aduan tentang perkara itu namun dihubungi pihak lain yang meminta dia membayar sejumlah wang untuk mendapatkan kembali akaun miliknya.

Namun begitu, Shahir tidak mudah terpedaya dengan janji tersebut apabila mengambil keputusan mengabaikan permintaan tersebut dan membuka akaun yang baharu.

"Saya ada report dan minta rakan-rakan buat perkara sama. Saya dapat tahu akaun tersebut telah dijual kepada individu lain. Untuk dapatkan semula akaun itu saya perlu bayar seolah-olah saya kena beli semula akaun sendiri. Jadi lebih baik abaikan dan buka sahaja akaun baru," ujarnya.

Tambah Shahir lagi, dia reda dengan apa berlaku, namun ada rasa terkilan kerana semua memori yang pernah dimuat naik di Instagram lenyap begitu sahaja.

Penyanyi lagu 'Kebahagian Dalam Perpisahan' ini memberitahu dia akan kembali berkongsi perkembangan terbaharu kerjaya seni di platform berkenaan termasuk beberapa akuan media sosial lain yang dikendalikan oleh pihak pengurusan.

"Memang rasa terkilan sebab saya hanya aktif di Instagram sahaja. Sekarang semua kenangan lama seperti gambar kahwin dan persembahan dah hilang. Saya sudah buka akaun baru dan kali ini biarlah pihak pengurusan yang kendalikan.

"Segala perkembangan baru saya akan kongsikan tidak lama lagi. Sepanjang tidak aktif di media sosial, saya masih menerima undangan menyanyi," tuturnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: