24 December 2022

KONGSI VIDEO KELUAR MAKAN BERSAMA - YASMIN HANI & BEKAS SUAMI DIPUJI MASIH JALIN HUBUNGAN BAIK DEMI ANAK-ANAK



Pelakon Yasmin Hani dan bekas suami, Sha'arin Mohammed Razali Wong menerusi laman Instagram masing-masing ada berkongsi video yang memaparkan mereka keluar makan bersama anak-anak di sebuah restoran.


Dalam video tersebut, Yasmin atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, yang mengenakan gaun berwarna merah dan putih itu kelihatan gembira menghabiskan masa bersama keluarga sambil menikmati makanan yang dipesan.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian yang kagum dengan Yasmin dan bekas suaminya yang dilihat tetap menjaga hubungan baik demi dua anak mereka seperti mana janji mereka sebelum ini, walaupun sudah hampir setahun bercerai.

Peminat memuji sikap Yasmin dan Sha'arin apabila kedua-duanya disifatkan sangat profesional apabila keluar bersama dan melayani anak-anak mereka meskipun bukan lagi suami isteri.

Klik untuk gambar besar



"Pasangan paling steady! Walaupun tak bersama tetapi masih berkawan baik demi anak-anak." - "Respect betul dengan Yasmin dan Sha'arin. Tak salah berbaik demi kebaikan anak-anak. Janji dapat bahagiakan mereka," antara komen-komen pengguna laman sosial.

Malah ada pula peminat berasa sebak dengan hantaran berkenaan selepas melihat telatah dua beradik itu yang sangat gembira dapat keluar bersama ibu bapa mereka.

"Sedih pula tengok dua beradik ni. Mereka nampak seronok dapat keluar bersama sebagai sebuah keluarga," kata pengguna laman sosial yang lain pula.

Untuk makluman, Yasmin dan Sha'arin bercerai pada tahun 2021 lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2011. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 5.












________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: