13 December 2022

"LEONA BUKANNYA SUPERSTAR... BILA BERPAKAIAN SOPAN, TIDAK PULA BERKATA APA-APA" - AZHAR BIMBANG NAMA TENGGELAM DEK KONTROVERSI ANAK



"Saya sudah bercakap dengan Leona... pada dia senang sahaja, dia bukannya superstar. Dia hanya berkongsi gambar di media sosial. Bila dia berpakaian sopan netizen tidak pula berkata apa-apa, tetapi bila dia mengenakan seluar pendek ramai pula netizen yang ambil dan kecam dia media sosial.


"Bak kata Leona, mereka seperti masuk ke rumahnya dan curi-curi dengar kemudian keluar dan sebarkan kepada orang lain. Adakah anda rasa itu perkara yang baik? Apa sahaja yang dilakukan oleh anak saya biarlah urusannya itu dengan Tuhan.

"Bagi saya, Leona juga hanya menjadi bahan bercerita kepada netizen. Orang tidak mahu melihat perkara-perkara yang baik, sebaliknya mereka mahukan sesuatu yang sensasi.

"Sebagai bapa, sejujurnya saya tidak selesa kerana pertamanya orang akan kecam saya. Kemudian, pergi mana-mana pun orang akan panggil saya bapa Leona. Nama saya pun orang dah tak sebut, jadi lama-lama Azhar Sulaiman sudah dilupakan.

Klik untuk gambar besar



"Dia masih muda, saya berharap dalam setahun dua mungkin dia akan berubah. InsyaAllah manusia akan berubah. Semua ini adalah lumrah kehidupan, lebih-lebih lagi bagi orang muda seperti Leona. Sekarang dia pun sedang berjauhan dengan kami kerana belajar di luar negara.

"Saya harap dia akan berubah nanti," ujar pelakon Azhar Sulaiman yang hairan apabila kehidupan peribadi anaknya iaitu Kasih Iris Leona sering menjadi perhatian netizen di media sosial.

Menyifatkan Leona seorang gadis biasa yang gemar membuat content di media sosial, Azhar, 51, berkata kecaman yang diterima anaknya itu seperti seorang selebriti terkenal.

Menurut Azhar, Leona sering mengadu kepadanya apabila netizen melemparkan kecaman atas apa yang dilakukan. Dalam pada itu, Azhar menganggap anak perempuannya itu hanya menjadi bahan gosip di portal yang boleh menaikkan rating pembaca.

Sebagai bapa yang sedar cabaran membesarkan anak gadis, Azhar mengakui dia tidak selesa apabila namanya terpalit kontroversi melibatkan anaknya itu.

Azhar bagaimanapun menganggap perkara ini sebagai lumrah kehidupan dan dalam masa sama, dia berharap agar Leona dapat berubah, lebih-lebih lagi kini hidup di perantauan.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: