13 December 2022

"BUKAN KAHWIN UNTUK SAKIT" - MAS IDAYU AKUI BOLEH HAMIL, TAPI ENGGAN AMBIL RISIKO



"Dari dulu lagi saya nak anak lelaki dan saya sukakan kanak-kanak. Namun, di usia sekarang ini saya perlu elakkan daripada terdedah dengan risiko yang boleh membahayakan diri.


"Bukan peluang (hamil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain. Bukan kahwin untuk sakit.

"Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya hamil akan membahayakan diri saya," kata penyanyi dangdut, Mas Idayu yang cuba untuk mengelak hamil memandangkan usianya sudah mencecah 50 tahun, meskipun berpeluang menimang zuriat.

Akui Mas Idayu, dia masih subur, namun enggan mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan kesihatannya. Ini kerana menurut Mas Idayu, dia tidak pernah menolak rezeki Allah, namun jika perkara itu boleh dirancang dia sebolehnya enggan hamil.

Klik untuk gambar besar



"Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap. Macam mana saya nak jaga anak. Kalau saya tiada macam mana? Banyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah," ujarnya.

Pada 16 September lalu, Mas Idayu bernikah kali kedua dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, yang mendapat tajaan majlis perkahwinan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta sekali gus digelar 'wedding of the year'.

Sebelum ini, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 tetapi bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: