13 December 2022

"ALIFF NASIHATKAN SAYA UNTUK FOKUS KEHIDUPAN AKAN DATANG..." - BELLA ENGGAN CARI WANITA YANG HANTAR SIHIR



Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan selama lebih sebulan suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengalami gangguan sihir atau ilmu hitam.


Bagaimanapun, Bella bersyukur apabila suaminya yang berasal dari Singapura itu sangat mengenali keperibadiannya dan tidak mudah percaya dengan mimpi buruk yang dialaminya.

"Aliff mimpi saya bawa masuk lelaki ke dalam rumah. Bila tanya ustaz, dia beritahu itu petanda yang tidak baik. Mimpi Aliff lebih teruk daripada saya. Antara mimpi pelik lain adalah dia nampak saya bergaduh tapi dengan lembaga hitam.

"Saya takut untuk kongsikan, tapi inilah dugaan yang perlu kami berdua hadapi. Mujurlah Aliff kenal saya macam mana. Semoga kita semua dijauhkan dengan perkara sebegini (sihir pemisah rumah tangga).

Klik untuk gambar besar



"Kalau ikutkan saya pun tak sanggup nak berdepan perkara ini, tapi saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian," kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

Menurut Bella, dia dan Aliff enggan mencari wanita yang didakwa menghantar sihir terbabit, sebaliknya lebih fokus untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina.

"Saya tak tahu siapa yang hantar dan Aliff sendiri pun nasihatkan saya untuk fokus kehidupan akan datang. Aliff pun beritahu dia nak bimbing saya ke arah lebih baik. Jujur saya katakan ujian ini amat berat untuk saya pikul," katanya.

Terdahulu, Bella mendedahkan dia dan keluarganya berdepan dengan gangguan sihir atau ilmu hitam selama lebih sebulan yang dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.

Bella mendedahkan, dia terpaksa memanggil ustaz dan ustazah untuk mengubatinya di rumah, selepas merasakan dirinya seolah menjadi orang lain, kuat marah dan mengalami mimpi ular berturutan namun tidak terfikir mengenai perkara sihir.

Bukan hnya dirinya sahaja, malah kata Bella, anak keduanya akan menjerit-jerit, menangis dan meracau yang tak berhenti setiap malam antara pukul 2 pagi sampai 4 pagi.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: