13 December 2022

CHE TA DITEGUR ISU ANAK PEREMPUAN BERPAKAIAN SEKSI & DILIHAT DEWASA SEBELUM USIA



Pelakon Rozita Che Wan baru-baru ini telah meluangkan masa bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia dan tidak lokek berkongsikan momen percutian mereka di sana menerusi laman Instagram.


Namun begitu, perkongsian di Instagram anak perempuan Rozita atau Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana telah menjadi perhatian dimana ia memaparkan kanak-kanak itu sedang bersantai di tepi pantai dan dilihat sangat bergaya bersama cermin mata hitam.

Dalam foto tersebut, Aaisyah menggayakan gaun berwarna merah jambu bersama rantai, cermin mata dan beg tangan jenama mewah.

Untuk info, anak Che Ta ini dikatakan persis ibunya yang suka bergaya dan mengenakan mekap meskipun baru berusia 8 tahun.

Klik gambar untuk besar



Meskipun ramai yang memuji kecantikan Aaisyah, namun ada yang mengkritik Che Ta kerana membiarkan anak berpakaian yang dikatakan agak terdedah di usia kecil. Kata pengguna laman sosial lagi, didikan anak mengenai aurat sepatutnya bermula dari kecil.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Aaisyah dilihat dewasa sebelum usia serta menegur Che Ta supaya membiarkan Aaisyah menikmati zaman kecilnya seperti kanak-kanak yang lain dan tidak membiarkannya 'tua sebelum usia'.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat sudah pasti Che Ta ada caranya sendiri untuk mendidik anaknya serta meminta pengguna laman sosial tidak masuk campur.





________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: