13 December 2022

ASHRAF MUSLIM TITIP PERHARGAAN BUAT DUA ISTERINYA: "TERIMA KASIH SENTIASA BANTU KU DALAM SUSAH SENANG..."



"Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yang ku sayangi yang sentiasa membantu ku dalam susah senang kehidupan ini.


"Kita lakukan sahaja apa yg Allah suka, Insya-Allah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga.

"Ayah sayang mama dan ibu," demikianlah tulis Ashraf Muslim menerusi laman Instagram miliknya dimana pelakon ini menitipkan penghargaan buat dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi yang sentiasa berada di sisi dalam keadaan susah mahupun senang.

Kata Ashraf lagi, sudah lama dia tidak berkongsi gambar mereka bertiga di media sosial serta meluahkan kata-kata pujian buat dua isterinya itu.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Ashraf itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang memuji hubungan baik Ashraf dan isteri-isterinya serta mendoakan agar rumah tangga pelakon itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Untuk makluman, Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011.

Kemudian Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Wan Sakinah Ahmad pada 7 Julai 2013. Pelakon itu dikurniakan empat cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah, Anas, Adam dan Safiyyah.









________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: