13 December 2022

SANGKAL DAKWAAN BAKAL NIKAHI WATIE AWAL TAHUN DEPAN - SHUIB TAK MAHU DIANGGAP BELAKANGKAN KELUARGA



Baru-baru ini timbul dakwaan pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan Watie Hanifah awal tahun depan. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah disangkal oleh Shuib yang juga seorang usahawan itu.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung soal perkahwinan apatah lagi keluarganya sendiri tidak mengetahui mengenainya.

"Kadang-kadang bila ada perkara yang tidak betul disebarkan, saya perlu cakap. Contoh, ada khabar angin mengatakan saya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun depan.

"Apa boleh saya katakan, semua itu tidak benar. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tetapi orang lain pula lebih tahu. Saya bimbang jika keluarga anggap saya belakangkan mereka walhal saya sendiri belum merancang apa-apa soal perkahwinan," jelasnya yng dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Shuib memberitahu khabar angin yang tersebar tentang dirinya, ia sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan dan salah faham dalam keluarga. Ini kerana kata Shuib, keluarganya antara individu penting yang sering menjadi tempat untuk dia meluahkan segalanya.

"Saya orang yang sentiasa berbincang dengan keluarga jika ada sebarang keputusan perlu dibuat. Bila mereka tidak tahu dan lihat di media sosial, itu akan menjadi pertanyaan dalam hati mereka.

"Kadang-kadang keluarga pun rasa sensitif juga nak bertanya. Tapi saya pelik kenapa netizen tidak sensitif dan menyebarkan perkara yang tidak benar," ujarnya.

Tambah Shuib lagi, dalam kehidupan ini banyak perkara yang tidak boleh dijangka dan soal jodoh dia menyerahkan kepada Allah SWT. Dalam masa sama, Shuib juga menjelaskan sekiranya ada khabar baik untuk dikongsi, sudah tentu dia akan memaklumkan kepada umum.

"Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita tidak boleh nak jangka dan elak. Sama juga bab jodoh. Saya hanya serahkan segala-galanya kepada Allah.

"Kalau ada benda-benda baik yang berlaku, saya pasti akan kongsikan kepada semua. Saya pun tak suka nak menipu atau sorok-sorok. Kalau jadi, Alhamdulillah tetapi kalau tak jadi nak buat macam mana," ujarnya.

Terdahulu, Shuib mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan Watie selepas timbul dakwaan mereka dikatakan sedang bercinta dan berpakaian sedondon ketika menghadiri sebuah konsert baru-baru ini.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: