14 December 2022

'KONDEM' ISU BUAT PEMBEDAHAN BARIATRIK - AISHAH MINTA SHERRY ALHADAD JANGAN SEBAR FITNAH



"Tolonglah jangan asyik bash kami yang buat bariatric surgery, ianya BUKAN jalan yang mudah. Ada di antara kami ianya satu-satu caranya untuk memulihkan seribu satu macam penyakit yang berkait dengan obesity. @sherry_alhadad @dr.mustafamt," demikianlah kapsyen yang ditulis penyanyi Datuk Aishah menerusi laman Instagram miliknya.


Menerusi video yang dikongsikan, Aishah meluahkan rasa bengang apabila terdapat segelintir pihak dan selebriti, Sherry Alhadad mengkritik tindakannya melakukan pembedahan bariatrik.

Kata Aishah, perkataan 'jalan mudah' yang digunakan oleh pengacara itu membuatkan dirinya terluka. Ujarnya, pembedahan tersebut adalah jalan terakhir dan bukan boleh dibuat saja-saja.

"Salam. Saya terpanggil buat video ni. Tak sedap la bila ada orang kondem pembedahan bariatrik. Satu fakta yang awak sebut buat kami semua terluka adalah jalan mudah. Bila buat bariatrik ni merupakan jalan terakhir.

"Ada di antara kami yang mempunyai masalah kesihatan. You jangan pukul rata. Kami buat sebab medical reason bukan kosmetik. Korang tak tahu mungkin artis ada penyakit hernia dan gastrik. Jangan ingat buat ni saja-saja, macam buat botox, bukan," tuturnya

Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika mana-mana individu mahu menjual produk kurus mereka namun jangan perlekeh keputusan orang yang menjalani pembedahan bariatrik.

"Risiko dia sama dengan pembedahan lain. Jangan ingat I tak takut. Bila kita dah fighting mengenai berat badan. Saya dah try semua. Dia turun sikit kemudian naik balik. Pernah dalam tempoh sebulan berat saya tak turun pun walaupun 1 kilogram.

Klik untuk gambar besar



"Rasa dah putus asa. Lutut saya sakit. Saya jalan dekat Eropah pun sakit. Sakit tu minta ampun tak boleh bawa bincang. Gula semua dah tak betul dan kolestrol tinggi tu dah berapa kali kena remove," jelasnya.

Sebelum ini, Sherry ada memuat naik video mengatakan dia tidak melakukan pembedahan bariatrik sebaliknya mengamalkan produk yang membuatkannya berjaya menurunkan berat badan.

Justeru itu, Aishah menggesa Sherry berhenti menyebarkan info tidak benar tentang pembedahan bariatrik. Aishah berkata, dia gembira melihat perubahan fizikal Sherry semakin kurus dipercayai mengambil produk pelangsingan badan.

"Adik Sherry Alhadad yang katanya telah kurus dengan menggunakan produk, Alhamdulillah akak tak mahu menghakimi asalkan awak rasa lebih sihat. Namun, apa yang akak rasa tak sedap sikit bila awak kondem individu yang melakukan pembedahan bariatrik itu sengaja mahu cari jalan mudah.

"Sherry tolong jangan fitnah mengatakan ini hanyalah satu jalan mudah untuk kurus," kata Aishah atau nama penuhnya Aishah Wan Ariffin, 57.

Aishah turut berkongsi pengalamannya dan memberitahu dia juga sebenarnya takut untuk melakukan pembedahan berkenaan. Namun, disebabkan masalah kesihatan dan tidak mahu menyusahkan anak-anak, penyanyi itu mengambil keputusan untuk memilih jalan ini.

"Saya pernah berjalan di atas treadmill sejauh lima kilometer setiap hari. Tetapi, dalam sebulan langsung tidak turun walaupun satu kilogram. Awak rasa saya nak putus asa tak?

"Lutut saya jadi semakin sakit. Pada waktu itu saya tahu saya perlu melakukan sesuatu. Saya pun tidak mahu menyusahkan anak-anak apabila sakit nanti," ujarnya.

Malah kata Aishah, pembedahan bariatrik bukan hanya dilakukan semata-mata untuk kelihatan cantik, tetapi lebih kepada mementingkan faktor kesihatan.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia tidak mahu menyusahkan anak-anak sekiranya jatuh sakit kelak dan disebabkan itu dia membuat keputusa untuk melakukan pembedahan bariatrik atau turut dikenali pemotongan usus.

"Pembedahan bariatrik bukan seperti pembedahan kosmetik yang orang lakukan untuk nampak cantik. Ya, mungkin selepas kurus kita lebih mudah untuk pakai baju menarik, tetapi itu sahaja orang lain nampak.

"Selain daripada cantik, orang tak tahu berapa lama kita menanggung masalah ini. Buat apa nak cantik, saya dah tua pun. Saya lakukan semuanya atas faktor kesihatan," ulasnya lagi.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: