08 December 2022

DALAM PROSES BERCERAI - TOM SANGKAL DAKWAAN JADI PUNCA KERETAKAN RUMAH TANGGA FUAD



Susulan pendedahan percintaan dengan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Fuad Rahman, Tom menyangkal dakwaan menjadi punca keretakan rumah tangga penyanyi kelahiran Singapura itu.


Difahamkan, Fuad kini dalam proses perceraian dengan isterinya selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. 

Tom ketika dihubungi menjelaskan, Fuad dan isterinya sudah lama mengalami masalah rumah tangga dan dia tidak akan sesekali mengganggu kebahagiaan rumah tangga orang lain. 

"Saya tak ada kena mengena dengan perceraian Fuad dan isterinya. Kalau nak diikutkan rumah tangga mereka sudah berantakan sewaktu program GV9 lagi. Perkara itu boleh ditanya kepada keluarga dan isteri Fuad. 

Klik untuk gambar besar



"Kalau mereka masih bersama, saya pun tak berani nak kenal Fuad. Hanya Fuad dan isteri serta keluarga saja yang tahu apa masalah yang berlaku sehingga mereka berdua nak bercerai.

"Netizen boleh cakap apa saja dan saya tak takut sebab masalah yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi masalah peribadi," ujarnya. 

Menurut Tom lagi, antara sebab utama dia kembali membuka pintu hatinya untuk menerima kehadiran Fuad kerana mahu menjaga teman istimewa itu supaya tidak terbabit dalam kancah penyalahgunaan dadah. 



"Hubungan kami masih baru dan saya akui pasti ada dugaan dan masalah yang akan datang. Jadi, saya ikut saja apa yang sudah ditentukan. Saya sayangkan Fuad dan nak jaga dia supaya tidak terbabit dengan kes yang berlaku.

"Sebelum ini dia ada terfikir ke arah itu ketika kecewa dengan apa yang terjadi, tapi saya tak nak perkara yang tak elok berlaku kepadanya lagi," katanya. 

Sebelum ini, Tom mendedahkan kembali bercinta dengan Fuad selepas mereka menyertai program realiti berkenaan.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, mengaku hubungannya dengan Fuad pernah terjalin pada 2005 sebelum putus pada 2010.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: