21 December 2022

DIDEKATI TIGA LELAKI MENCURIGAKAN AKUI DIRI SEBAGAI POLIS BUAT DOLLA CEMAS



"Tiga lelaki dalam kereta jenis Proton berwarna merah itu memperlahankan kereta di sebelah kami. Mereka kemudian menurunkan cermin kereta dan merenung kami agak lama membuatkan kami tidak selesa dan takut.


"Apa yang mencurigakan, mereka mengaku sebagai anggota polis tetapi tidak menunjukkan kad kuasa. Mereka juga tidak memakai pakaian seragam polis dan tidak menaiki kereta peronda polis.

"Mereka bertanya sekiranya kami orang Malaysia dan memaksa untuk ambil kad pengenalan kami, ambil gambar kad pengenalan dan gambar kami secara senyap tanpa pengetahuan. Kami rasa sangat teraniaya.

Klik untuk gambar besar



"Bila Syasya bertanya kenapa tiba-tiba nak periksa kami, seorang daripadanya membalas kasar dengan berkata, kenapa tidak? Mereka adalah polis. Kami bingung dan takut kerana kami tidak lakukan apa-apa kesalahan," kongsi kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya itu menerusi Instagram Story, hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Dolla telah berkongsi keadaan dimana mereka berdepan detik cemas apabila didekati tiga lelaki mencurigakan sewaktu menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari, di sini, jam 11.30 malam tadi.



Menurut Dolla lagi, mereka takut menjadi mangsa rompak selepas lelaki-lelaki terbabit memberikan pandangan sangat menakutkan, sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mula menyoal mereka. Malah, kata Dolla, mereka juga dipaksa tiga lelaki terbabit menunjukkan kad pengenalan masing-masing.

Tambah mereka, semua lelaki itu kemudian beredar selepas melihat sebuah kereta berhenti tidak jauh dari situ. Apa yang membuatkan Dolla tertanya-tanya, tiga lelaki terbabit juga tidak memberi sebarang penjelasan kenapa menyoal siasat mereka.

"Kami tak tahu jika situasi ini adalah sesuatu yang betul atau 'scam'. Kalau ada sesiapa yang pernah mengalami perkara ini, tolong beritahu dan jelaskan bagaimana tangani situasi begini. Tolong berhati-hati di luar sana semua, terutama golongan wanita," katanya.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: