21 December 2022

KAKAK SERTAI 'ALL TOGETHER NOW MALAYSIA 2' - TOMOK BERSIKAP PROFESIONAL, TAK BANGUN BERI MARKAH



Kakak kepada penyanyi Tomok iaitu Dayang Suria, 41, dilihat turut menjadi salah seorang peserta program All Together Now Musim Kedua (ATNM2). Pada konsert minggu kedua ATNM2 yang berlangsung Ahad lalu, Tomok akui tidak memberikan markah kepada kakaknya itu.


Ini kerana jelas Tomok, dia terpaksa bersikap profesional memandangkan kakaknya itu tidak memberikan persembahan yang terbaik pada malam Ahad lalu dan hanya menerima 12 markah daripada 50 juri.

"Memang dia kakak saya tapi saya rasa pemilihan lagu dia tak tepat dan bila dia menyanyi terdengar yang dia sedang gementar. Malah saya rasa arrangement lagu juga salah…Serba serbi salah lah. Tomok nak bangun pun susah.

"Tomok kena profesional dan jujur kena pilih peserta atau pelapis yang terbaik untuk masuk dalam industri kita. Lagipun Tomok dipanggil untuk mencari yang terbaik. Walau kakak sendiri, kalau tak bagus Tomok tak boleh bangun," ujarnya.

Namun begitu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 38, tetap memberi sokongan kepada kakaknya dengan berjumpa serta memberi beberapa nasihat di luar pentas selepas persembahannya.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya selepas persembahannya saya ada berjumpa dengan dia di luar pentas. Saya ada bagi advise dan tip mengenai lagu kena tepat dan sebagainya saya harap dia boleh belajar di masa akan datang," katanya.

Pada minggu kedua ATNM2, kumpulan El Coro Ensemble memecah rekod sulung sebagai peserta pertama yang meraih 100 markah pertama. Seorang lagi peserta Zam Ryzam antara peserta yang berjaya mara ke final selepas menewaskan Ana Syuhada seorang ibu yang sedang hamil dengan 72 markah dalam pusingan Sing-Off.

ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: