21 December 2022

PUTERI SARAH BERI BAYANGAN SYAMSUL DAH NIKAH DENGAN IRA KAZAR SECARA SENYAP?



"Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik. Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik."


Itulah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana dimana dia seakan memberi bayangan suaminya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangganya, Ira Kazar sudah bernikah, sekali gus menjawab gosip yang menjadi bualan ramai, sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram (IG) Story dimuatkan naik pelakon filem 'Lu Pikirlah Sendiri de Movie' dan 'Radhi Rudy Bin Dadu' itu, Puteri Sarah dilihat seperti menyindir Syamsul dan Ira.

Dalam hantaran berbeza pula, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, memberi gambaran jelas apa yang berlaku dalam kemelut rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar



"Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia. Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak. Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit," ujarnya.

Media sempat menghubungi Puteri Sarah berhubung hantaran yang dimuat naik dalam IG Story, malam tadi. Apabila diajukan persoalan adakah ia berkaitan gosip yang mendakwa suaminya sudah bernikah dengan Ira tanpa pengetahuannya, Puteri Sarah hanya ketawa di hujung talian.

"Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak menjawabnya. Lebih sesuai empunya diri buat penjelasan dan pengumuman," katanya.



Ditanya hantaran itu ditujukan kepada siapa, Puteri Sarah bagaimanapun enggan mengulas panjang apabila dia hanya berkata: "Siapa makan cili, dialah rasa pedas".

Sebelum ini, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung status rumah tangga yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Katanya, dia masih tidak tahu apa yang bakal berlaku, namun berharap ada perkara positif untuk dirinya dan anak-anak.

Ditanya adakah berkemungkinan akan berpisah dengan Syamsul, Puteri Sarah menyerahkan segalanya kepada Allah dan enggan menoleh ke belakang lagi.



"Saya tak tahu, Allah Maha Kuasa. Saya sudah lama reda sebaik membuat pendedahan apa yang berlaku dalam rumah tangga. Saya pun tiada rasa nak toleh ke belakang atau menyesal.

"Jadi, semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa juga keputusan dipilih sempena tahun baharu. Saya mengharapkan doa orang ramai," tuturnya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.



________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: