21 December 2022

DI MAHKAMAH - FIRDAUS WONG DAKWA USTAZ EBIT LEW ADA HANTAR GAMBAR KEMALUAN KEPADA PENGADU



"Antara pesanan adalah satu mesej suara daripada Ebit Lew kepada ‘pengadu’ yang berbunyi 'tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit'. Terdapat juga pesanan bertulis menerusi Whatsapp yang berbunyi 'minta husband you ceraikan you, I bayar you'.


"Saya juga melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara 'pengadu’ dan Ebit Lew," demikianlah kata pendakwah bebas, Firdaus Wong dimana hari ini dia hadir ke Mahkamah Majistret Tenom sebagai saksi untuk memberi keterangan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Menerusi laporan Astro Awani, Firdaus memaklumkan ada melihat beberapa mesej serta gambar gambar kemaluan lelaki di telefon bimbit wanita yang mendakwa dihantar oleh Ebit Lew.

Dalam masa sama, Firdaus juga mendakwa Ebit pernah mengirim pesanan menerusi WhatsApp kepada pengadu agar pengadu meminta diceraikan suami.

Klik untuk gambar besar



Semua mesej dan gambar itu, Firdaus Wong berkata, dia melihat sendiri olehnya apabila bertemu dengan pengadu dan suaminya selepas membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

Ebit didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: