20 December 2022

"SEKADAR PERKONGSIAN... SAYA TAK MAKSUDKAN SESIAPA" - DIANA DANIELLE RASA SERBA SALAH KONGSI, TIADA NIAT UNGKIT



"Saya tak berniat nak mengungkit, ia sekadar perkongsian saja. Bukan niat saya, orang pun tahu saya jenis orang yang bukan suka cari gaduh. Saya pernah mendedahkan perkara ini 10 tahun lalu, tapi mungkin ramai peminat muda yang tak tahu.


"Kita juga bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaimana cara untuk meneruskan hidup. Sepanjang lebih satu jam berkongsi, tak sangka pula perkara itu yang menjadi perhatian, benda itu yang orang fokuskan.

"Bila saya dengar semula rakaman terbabit, ramai yang mesej secara peribadi dan berterima kasih kerana ada perkara yang saya sentuh memberi semangat kepada mereka serta memberi ruang mereka bercerita mengenai pengalaman mereka, bukan hanya berkisar mengenai apa yang saya perkatakan.

"Dalam hati saya wujud rasa serba salah apabila saya berkongsi mengenai perkara itu kerana saya tak maksudkan sesiapa. Saya tak boleh nak salahkan orang lain jika kita sendiri yang memulakan sesuatu."

Klik untuk gambar besar



Itulah jelas pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 31, yang tidak mahu memanjangkan kisah penderaan yang pernah dialami dengan bekas kekasihnya sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil.

Sejak beberapa hari lalu, nama Diana Danielle menjadi sebutan ramai gara-gara pendedahan berani mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bekas teman lelakinya menerusi program Studio Sembang di YouTube.

Kata Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, dia terkejut apabila isu penderaan fizikal yang dikongsikan itu menjadi tular dan meraih perhatian ramai.



Diana juga tidak menyangka isu penderaan fizikal itu turut menjadi isu besar kerana bukan niatnya mencari gaduh atau mengungkit kisah lalu sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan kesedaran tentang kesihatan mental.

Dalam pada itu, akui Diana, dirinya diselubungi rasa serba salah selepas berkongsi perkara tersebut, namun tidak menyalahkan orang lain kerana ia adalah tindakannya sendiri.

Ditanya pula adakah dia fobia melalui pengalaman hitam itu, pelakon drama bersiri Camelia ini menyifatkan ia sebagai satu pengajaran buat dirinya.

"Ia menjadi pengajaran. Dalam hidup ini, manusia tak lari daripada buat kesalahan atau membuat orang lain terasa hati. Kita belajar menjadi insan yang lebih baik dan belajar buat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.

"Semua orang ada pengalaman yang berbeza, buatlah keputusan yang terbaik lebih-lebih lagi bila kita ada anak. Jika kita tak kuat untuk diri sendiri, kita perlu kuat demi anak-anak supaya mereka tak perlu menjalani hidup yang penuh kekerasan," katanya.

Sebelum ini, Diana mendedahkan pernah didera secara fizikal oleh bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya ketika ditemu bual rakan artis, pelakon Amelia Henderson.

Dalam perkembangan lain, Diana akan tampil dengan single bahasa Melayu tahun depan selepas mengeluarkan single bahasa Inggeris berjudul 'Shine On'.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: