20 December 2022

STATUS RUMAH TANGGA - PUTERI SARAH LIYANA HARAP SESUATU POSITIF BAKAL BERLAKU, MOHON DOAKAN BENDA BAIK



"Nak kata berlaku perubahan besar tunggulah nanti, tapi saya tetap mengharapkan sesuatu positif bakal berlaku... harap semua doakan benda baik untuk saya dan anak-anak. Orang boleh bercakap apa sahaja termasuk suruh buat itu dan ini... tapi akhirnya apa yang saya nak.


"Insya Allah apa yang saya mahu itu anda akan tahu nanti," ujar pelakon Puteri Sarah Liyana dimana dia masih tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku, namun berharap ada perkara terbaik untuk dia dan anak-anak.

Umum mengetahui pelbagai dugaan terpaksa dilalui Puteri Sarah, 37, berkaitan rumah tangganya dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah mengelak menjawab pertanyaan sama ada dia bakal mengambil jalan berpisah atau pun sebaliknya. Sebaliknya perkara itu di luar pengetahuannya memandangkan hanya Allah dapat menentukan tentang soal jodohnya dengan Syamsul.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah lama reda sebaik buat pendedahan dan apa yang terjadi. Saya tak ada rasa nak toleh belakang atau berasa menyesal. Jadi azam tahun depan, semoga saya dapat sinar kebahagiaan walau apa pun keputusan yang saya pilih selepas ini," tuturnya.

Kata Puteri Sarah lagi, dia langsung tak menyangka tindakan berani mendedahkan kehadiran orang ketiga sekali gus mengambil tindakan mahkamah itu mendapat perhatian dan sokongan terutama dalam kalangan wanita.

Jelasnya, ia sekurang-kurangnya mendatangkan keberanian dalam diri wanita senasibnya untuk bertindak dan mempertahankan hak dan diri masing-masing.



"Saya tak sangka apabila saya dedahkan perkara ini ramai rupanya yang menyokong, tidak kurang juga yang marah dengan pendedahan ini. Kepada ada yang mengalami sama seperti saya jangan takut untuk bertindak. Jangan menzalimi diri anda dan silalah keluar daripada perhubungan toksik," katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu pelakon Ira Kazar.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 da hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: