20 December 2022

TERSUSUK KACA ALMARI - TAJUL ALAMI KECEDERAAN DI TANGAN, SEMPAT PENGSAN AKIBAT BANYAK PENDARAHAN



"Susah nak cakap bagaimana kejadian berlaku tetapi saya boleh katakan tangannya luka selepas terkena kaca almari baju yang pecah... Kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi (Isnin).


"Dia ingatkan tiada masalah besar. Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan... itu yang saya terus bawanya ke hospital. Dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa minta bantuan jiran untuk menjaga anak di rumah.

"Pada awalnya saya bawa ke klinik berhampiran namun doktor minta terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada terdapat serpihan kaca yang terbenam di bahagian luka.

Klik untuk gambar besar



"Sekarang masih di unit kecemasan dan doktor sudah mencuci bahagian luka dan masih menanti keputusan X-ray," tutur isteri kepada penyanyi Tajul mengenai suaminya yang terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor pada Isnin akibat mengalami cedera parah di bahagian tangan kanan selepas terkena kaca almari baju yang tiba-tiba pecah.

Ketika kejadian, isteri Tajul iaitu Nurul Shamieza berkata, suaminya itu menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum ia tiba-tiba pecah dan kacanya tersusuk ke bahagian tangannya.

Shamieza turut memberitahu, Tajul ketika ini sedang menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan sementara menunggu keputusan pemeriksaan untuk rawatan lanjut.



Bercerita lanjut tentang Tajul, Shamieza menjelaskan, suaminya itu pada awalnya berdegil tidak mahu ke hospital kerana menyangka keadaannya tidak teruk. Bagaimanapun setibanya di rumah dari klinik, Tajul tiba-tiba pengsan dan mengambil keputusan untuk terus ke unit kecemasan.

Tambahnya lagi, disebabkan Tajul kehilangan banyak darah menjadi punca dia pengsan selain badan menjadi lemah dan wajahnya bertukar menjadi biru.

Perkara itu turut dikongsikan pasangan ini di laman Instagram masing-masing. Difahamkan, disebabkan insiden tersebut, Tajul terpaksa membatalkan penggambaran bersama sebuah stesen televisyen swasta yang sepatutnya dijadualkan pada Selasa (hari ini).











________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: