20 December 2022

SELAMAT NIKAH 14 DISEMBER LALU - JULIA FARHANA & DR CHE HAFIZ MOHON DOA DAPAT JADI PASANGAN SEJATI



"Assalamualaikum semua, saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Dr Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.


"Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri," demikianlah tulis pelakon Julia Farhana yang mendedahkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada Dr Che Hafiz pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Membuat pengumuman itu menerusi hantaran di laman lnstagram pada Selasa, Julia, 28, memberitahu majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Dr Che Hafiz atau nama penuhnya Che Muhammad Hafiz Che Baharom, 32, turut berkongsi gambar dan ucapan sama di laman sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar



"Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT buat semua.. Alhamdulillah sesi Akad Nikah (Ijab Kabul) saya dan juga isteri, Julia Farhana telah selesai dan berjalan dengan lancar.

"Disini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan di atas sebab sesi akad nikah ini hanya di hadiri oleh keluarga terdekat kedua2 belah pihak.

"Saya juga mohon agar sahabat2 semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan Nya hingga ke jannah," katanya.



Sementara itu, Julia ketika dihubungi memohon doa daripada semua pihak agar mereka dapat menjadi pasangan sejati di dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, ditanya pula soal cahaya mata, Julia berkata, dia tidak menolak rezeki sekiranya diberikan Allah SWT dalam masa terdekat ini.

"Saya nak ucapkan Alhamdulillah syukur, majlis berjalan lancar. Mohon doa daripada semua agar kami dapat jadi pasangan sejati. Soal anak, kalau ada rezeki kami tidak menolak," ujarnya.



Sementara itu, pasangan ini dilaporkan sedang berbulan madu di Indonesia sejurus selepas selesai majlis pernikahan mereka.

Untuk makluman, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.








________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: