20 December 2022

AL-FATIHAH - IBU PELAKON AIDA ARIS DIJEMPUT ILAHI



"Sekitar pukul 9.45 pagi saya lihat ibu saya sudah tidak bernafas. Saya bawa ke klinik berhampiran dan mereka berikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit.


"Bagaimanapun ibu saya tak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia," jelas pelakon Aida Aris mengenai ibunya, Siti Khadijah Abu Sujak yang telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun sekitar pukul 10.40 pagi Selasa di sebuah klinik di Rawang, Selangor.

Berkongsi berita sedih itu, Aida, 50, berkata, dia melihat ibunya dalam keadaan tidak bernafas di ruang tamu rumah mereka sebelum dibawa ke klinik berhampiran.

Ketika di sana, ibunya telah diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit, bagaimanapun doktor kemudiannya mengesahkan ibunya meninggal dunia.

Dalam pada itu, Aida memberitahu Allahyarham ibunya sebelum ini pernah menerima rawatan di hospital selama dua bulan akibat paru-paru berai.

Klik untuk gambar besar



"Dua bulan lepas ibu saya mengalami masalah paru-paru berair dan dimasukkan ke hospital. Pada 13 Disember lalu baru dia dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatannya pulih," ujarnya.

Rakan artis iaitu Sharifah Shahirah yang turut berkongsi berita sedih itu memberitahu jenazah ibu Aida kini masih berada di klinik berkenaan bagi tujuan pengesahan kematian oleh pihak polis.

Shahira atau mesra disapa sebagai Sheira turut meluahkan rasa sedih dan ralat kerana tidak dapat menziarahi arwah ketika sedang sakit sebelum ini.

"Jenazah masih berada di klinik berkenaan untuk pengesahan kematian oleh pihak polis sebelum urusan pengebumian dilakukan. Kesian Aida menguruskan ibunya sendiri kerana tidak ramai adik-beradik yang duduk dekat. Saya juga sedih tak dapat nak ziarah sebelum ini," tuturnya.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: