Penyanyi Datuk Nora Ariffin yang sudah genap setahun mendirikan rumah tangga kali kedua itu tidak berhasrat untuk menambah cahaya mata, meskipun doktor memaklumkan dia masih boleh hamil lagi.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, berkata, anak bongsunya juga tidak memberikan lampu hijau untuk dia menambah zuriat lagi. Ujarnya lagi, dia kini gembira dengan kehadiran anak-anak dan cucu.
Pada usia yang bakal memasuki 50 tahun, Nora mahu memberi fokus kepada amal ibadah serta menikmati kehidupan bahagia bersama suami tercinta, Dr Rushdi Ramli dan keluarga.
"Doctor kata boleh tambah lagi... Huhuuuuu Putri @itzputridahlia kata, NO NO!!! tak nak.. 🤣🤣😅😅 cukuplah, bagi kat orang muda je lah. Lebih best main dengan anak-anak & cucu 😍.
Klik untuk gambar besar
"Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan & support suami itu lebih baik. 😍," tulis Nora penyanyi lagu 'Di Persimpangan Delima' ini.
Untuk makluman, Nora mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi Ramli yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) pada Disember 2021.
Terdahulu, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Arwah suaminya itu meninggal dunia diusia 52 tahun pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment