20 December 2022

"SAYA ANGGAP KEHADIRAN JODOH BAHARU INI REZEKI DARIPADA ALLAH" - ANITA BAHAROM TAHAN SABAR TERIMA MACAM-MACAM MESEJ



Bakal mendirikan rumah tangga lagi pada 22 Disember nanti, pelakon Anita Baharom, 39, mengakui dia perlu menahan sabar selepas banyak menerima macam-macam mesej secara DM (direct message) daripada netizen di laman Instagram.


Kongsi Anita, ada individu menghantar mesej supaya dia menunggu sekurang-kurangnya setahun selepas pemergian suami, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail yang meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

"Saya hanya mampu bersabar menerima mesej-mesej seperti itu. Kalau jawab nanti, dibimbangi jadi persepsi lain pula. Apapun, saya berterima kasih sebab masih ramai lagi yang mengirimkan mesej positif melalui Instagram, termasuk mengucapkan tahniah di atas jodoh ini.

Klik untuk gambar besar



"Pada saya, biarlah orang nak cakap apa saja kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang saya tanggung. Apa trauma saya alami hingga sekarang. Mereka tidak duduk di tempat saya dan buat apa nak melayan dan terlalu memikirkannya.

"Saya anggap kehadiran jodoh baharu ini rezeki daripada Allah. Setiap orang itu, dugaan dan jalan hidup ditempuhi berbeza-beza. Saya pula menerima semua ini dengan dengan rasa syukur, reda dan seikhlas hati," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Anita yang dikenali menerusi drama 'Dunia Baru' dan 'Keluarga Iskandar' bakal bernikah kali kedua Khamis ini dengan Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, yang merupakan seorang duda itu di Subang Jaya, Selangor.



Difahamkan, Anita dan bakal suaminya sudah saling mengenali sejak 2017 ketika acara Sukan Sea di Kuala Lumpur. Engku Isyamuddin yang bekerja sendiri sebelum ini adalah Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

Bagaimanapun, hubungan pasangan ini mula rapat selepas Anita habis edah selepas kematian suaminya. Perancangan perkahwinan pula dibuat mereka pada November lalu.

Untuk makluman, hasil perkahwinan bersama arwah suaminya selama 16 tahun, Anita telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.





________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: