20 December 2022

KENA TEGUR LAGI ISU PAKAIAN TERLALU KETAT - HAWA RIZWANA MOHON MAAF



"Tak manis untuk perempuan berhijab mengenakan pakaian seperti ini." - "Kita minat kat akak, tapi kenapa pakai seluar begitu. Semoga kita sama-sama istiqamah.


"Jangan tenggelam dengan arus populariti dan glamour. Kalau nak imej muslimah jagalah daripada semua aspek bukan sekadar bertudung," itulah antara komen-komen pengguna laman sosial yang tampil menegur penampilan terkini pengacara Hawa Rizwana ketika menghadiri sebuah acara.

Sebelum ini, pengacara yang berusia 27 tahun itu pernah dikecam kerana mengenakan pakaian sukan terlalu ketat ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Terkini, penampilan Hawa yang mengenakan seluar hitam kulit ketat dan dipadankan dengan baju-T gelap serta jaket itu telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Klik untuk gambar besar



Kata mereka, Hawa tidak sesuai mengenakan pakaian terlalu ketat, apatah lagi dia terkenal dengan imej berhijab selain berperwatakan lemah-lembut.

Dalam pada itu, Hawa yang menyedari segala kecaman serta komen negatif yang dilemparkan itu tampil memohon maaf dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.

"Saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini. Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati mana-mana pihak. Saya menerima setiap komen yang diberikan dengan positif.

"Foto yang dikongsikan itu adalah ketika saya mengendalikan sebuah acara yang bertemakan rock. Jadi saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu.



"Saya akui suka berkarya apabila berfesyen, terutama ketika menghadiri sesebuah acara. Tapi kalau ada waktu terluang saya lebih selesa dengan penampilan yang kasual dan santai," tuturnya.

Menurut Hawa, dia mengakui setiap foto yang dimuat naik di media sosial akan melalui proses 'saringan' dengan orang di sekelilingnya.

"Sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga. Jika perkongsian itu tidak bersesuaian dengan saya, selalunya saya akan padam.

"Bagi saya, komen daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sangat penting. Jadi dalam situasi ini saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak. Saya sekali lagi mohon maaf," ujarnya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: