20 December 2022

NAFI RUMAH TANGGA ADA MASALAH - AIDIT NOH DEDAH ISTERI SELAMAT LAHIRKAN ZURIAT PERTAMA



Gara-gara tindakan memadam foto bersama isteri di laman Instagram, ramai yang mendakwa rumah tangga pelakon Aidit Noh mengalami masalah. Bagaimanapun, dakwaan tersebut telah dinafikan pelakon tersebut.


Jelas Aidit, dia terpaksa menyimpan gambar kemesraan bersama isterinya, Hanani dalam arkib di Instagram bagi mengelakkan dirinya terkena penyakit 'Ain atau gangguan disebabkan oleh pandangan mata yang disertai perasaan iri hati dan dengki.

"Perkara ini pernah terjadi pada kami. Rasanya tak perlu saya ulas secara terperinci sebab semua orang sudah sedia maklum mengenai penyakit Ain ini. Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk menyimpan semua gambar saya dan isteri dalam arkib di Instagram.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin ramai yang tak percaya, tapi zaman sekarang ini ia masih berlaku dan kita perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi di media sosial. Alhamdulillah saya dan isteri bahagia melayari kehidupan rumah tangga. Kami pun baru dikurniakan anak perempuan pada 22 Oktober lalu," katanya.

Dalam masa sama, Aidit mendedahkan mengenai kelahiran puteri sulungnya kepada media. Namun begitu, dia dan isteri belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya yang diberi nama Nur Qadeeja.



"Sebenarnya saya belum kongsikan perkara ini di media sosial. Saya tunggu waktu yang sesuai, barulah saya kongsikan kepada umum. Kelahiran Nur Qadeeja banyak mengubah gaya hidup saya seperti sudah jarang keluar malam dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

"Malah kalau keluar bekerja pun, saya cuba berbincang dengan pihak produksi supaya saya tidak bekerja sehingga lewat malam. Jujurnya di awal perkahwinan saya berasa seperti berbulan madu, tapi apabila sudah ada anak saya ibarat memikul satu tanggungjawab yang besar.

"Hidup saya juga seperti ada tujuan dan perlu cari duit untuk besarkan anak," ujarnya mendirikan rumah tangga bersama Hanani pada 29 Mei tahun lalu.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: