20 December 2022

"BIAR KELUARGA & KAWAN-KAWAN TAHU DAH CUKUP" - PESERTA ATNM2 ENGGAN BAZIR MASA BERI PENJELASAN ISU BIADAP



Nama salah seorang peserta program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2), baru-baru ini menjadi bualan hangat di media sosial apabila dikatakan bersikap biadab dan tidak menghormati para juri. Susulan itu, peserta remaja bernama Ika yang berusia 16 tahun itu dikecam teruk.


Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di TikTok @syafinazselamat.fans, ada dimuat naik semula status dipercayai daripada remaja itu yang mengatakan biarlah orang terdekat sahaja tahu perkara sebenar serta disebalik yang berlaku ketika program berlangsung.

"Biar ahli keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah cukup. Saya tak perlu memberi penjelasan sebab orang tak kisah pun mengenai apa yang salah atau benar. Dan, saya tak nak membazir masa berbuat sedemikian," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut peserta remaja itu lagi, dia mengakui kesilapannya serta mengatakan hanya pihak tertentu sahaja tahu apa yang berlaku di belakang pentas. Ujarnya, dia juga tahu pihak media hanya mahukan gosip dan rating semata-mata. 

Sementara itu, rata-rata pengguna laman sosial berpendapat kejadian yang berlaku itu hanyalah gimik dan 'marketing' semata-mata. 





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: