20 December 2022

BILA BADAN AIZAT AMDAN KEMBALI BERISI SEPERTI ASAL



Semua sedia maklum penyanyi Aizat Amdan telahpun mendirikan rumah tangga bersama Elyssa Alia Illias yang juga pengurusnya pada 14 Ogos dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di A Park, Puchong, Selangor.


Setelah hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, penampilan terbaru Aizat menjadi bualan ramai di media sosial yang terkejut melihat perubahan bentuk badan penyanyi berusia 33 tahun itu yang berbeza.

Menerusi satu video dimuat naik seorang pengguna TikTok memaparkan Aizat sedang membuat persembahan di khalayak ramai. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial.

Klik untuk gambar besar



Kata pengguna laman sosial, bentuk badan penyanyi itu kembali berisi seperti asal ketika dia mula-mula menjadi peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5).

Meskipun begitu, ada juga yang beranggapan Aizat kini sedang bahagia melayari alam rumah tangga dan mendakwa disebabkan itu mengalami perubahan fizikal.

Tidak kurang juga, ada pengguna laman sosial meminta supaya orang ramai tidak mengkritik bentuk fizikal penyanyi lagu 'Hanya Kau Yang Mampu' itu kerana apa yang penting sihat tubuh badan.








________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: