19 December 2022

TAK LAGI DIRAWAT DI ICU - KEADAAN NAD ZAINAL KINI DAH STABIL, BOLEH KETAWA



"Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad Zainal) sekarang tersangatlah baiknya. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi di intubated (ditidurkan). Nanad dah sedar, dah boleh berbual dan bergelak ketawa. 


"Nanad juga boleh berjalan pergi ke toilet (tandas) sendiri walaupun kami berpesan jangan, sebab paru-parunya masih belum begitu kuat. Nanad juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka masa pendarahan tempoh hari.

"Alhamdullilah syukur sangat," jelas pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohameddin dimana dia berkongsi berita gembira mengenai keadaan terkini pelakon Nad Zainal menerusi hantarannya di laman Instagram.

Nad, 32, yang sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 22 November lalu, kini sudah stabil dan mampu menjalani rutin harian seperti biasa.

Klik untuk gambar besar



Menurut Shahrulezad, walaupun tahap kesihatan pelakon drama 'Cina Buta' itu masih lagi dalam pemantauan, namun dia sudah kembali stabil dan mampu menjalani rutin harian seperti biasa, dan tidak lagi ditahan di ICU.

Dalam masa sama, Shahrulezad juga menjelaskan sebab mengapa dia sudah lama tidak memuatnaik perkhabaran mengenai Nad adalah disebabkan mahu menghormati keluarga pelakon itu. Katanya, tindakan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menyembunyikan sebarang perkembangan terbaharu Nad

"Saya lama tak tak kongsi perkembangannya kepada umum kerana kesiankan keluarga Nanad. Selain dari mengutamakan kesihatannya, keadaan mental keluarga Nanad juga keutamaan kami. 

"Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad pasti akan wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad. 

"Nanad anak tunggal, jadi bila berita yang bukan-bukan bersepah sana sini bayangkan macam manalah perasaan keluarga dia berdepan dengan fitnah itu seorang diri," katanya. 

Tambah Shahrulezad, atas sebab itu, dia bersama rakan-rakan lain memutuskan untuk tapis atau kurangkan cerita mengenai Nad melainkan untuk kalangan mereka sesama penggiat seni saja. Ujarnya lagi, apapun keadaan baik Nad sekarang disebabkan berkat doa daripada kita semua.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: