21 December 2022

IBU SYAMSUL YUSOF: "RESTU IBU BAPA ITU PENTING, UNTUK DOA YANG BERTERUSAN... SYAMSUL SENDIRI PILIH PUTERI SARAH"



Ketika ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof apabila perkongsian aktres itu di Insta Story menimbulkan tanda tanya netizen dimana dia seolah memberi bayangan bahawa dia telah dimadukan.


Menerusi perkongsian itu, ada individu menghantar mesej kepada Puteri Sarah mendakwa suaminya sudah pun berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangganya iaitu Ira Kazar. Namun, Puteri Sarah mengatakan dia tidak tahu dan tidak kisah dengan perkara tersebut.

Sementara itu, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail dilihat memuat naik gambar perkahwinan anak lelakinya itu dengan Puteri Sarah di Instagram (IG) Story dengan kaspyen mengenai restu orang tua dimana ia penting untuk perkahwinan.

"Restu ibu bapa itu penting, untuk doa yang berterusan," tulis isteri kepada pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Yusof Haslam itu.

Klik untuk gambar besar



Menerusi muat naik di Instagram feed pula, Datin Fatimah turut memuat naik gambar perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah serta memberitahu anaknya sendiri yang memilih aktres itu sebagai permaisurinya.

"Perkahwinan Shamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat restu keluarga sepenuh nya, Shamsul sendiri yang memilih Puteri Sarah sebagai Permaisuri hatinya. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. 🙏," katanya.

Perkongsian Datin Fatimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju bahawa jika seorang ibu itu tidak reda dengan pernikahan anak, ianya tidak akan berkekalan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah mendapat restu daripada ibu bapa serta mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan.









________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: