21 December 2022

"MAKIN GEMUK, PATUT LA JANTAN ITU LARI" - JANNA NICK MINTA TEMPOH SEMINGGU KURUSKAN BADAN



"Betul ke semua lelaki suka perempuan kurus je? Hmm tak apalah, kita yang chubby ini kenalah kuruskan badan. Bye," ujar pelakon Janna Nick ketika mengulas mengenai dakwaan penambahan berat badan mendadak menjadi punca dia kena tinggal dengan kekasih yang juga pelakon, Dini Schatzmann.


Sejak hubungan cinta pasangan ini dikatakan sudah berakhir, pelbagai spekulasi timbul bagi merungkai punca sebenar perpisahan mereka yang masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, baru-baru ini telah menerima kritikan daripada pengikutnya tentang badannya yang semakin berisi dimana ia didakwa menjadi punca perpisahan.

"Makin gemuk, patut la jantan itu lari," tulis komen tersebut.



Menerusi Tiktok miliknya, Janna meluahkan rasa sedih dengan cakap-cakap berkenaan sehingga membuatkan dia sedang berusaha mengurangkan berat badannya.

Janna turut berkongsi aktiviti senaman yang dilakukan bagi membuktikan dia kini serius menurunkan berat badan. Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram pula, Janna menjelaskan berat badannya memang mudah naik jika tidak menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang betul.

Bagaimanapun, pelakon itu minta tempoh seminggu untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.



"Saya memang sejenis 'kembang kecut'. Nak kecut sekejap, nak kembang pun mudah. Tapi tak apa... orang prihatin jadi kita bersenamlah eh. Gemuk boleh kurus tak ada masalah, bagi saya satu minggu okay?" tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial berpendapat bahawa berat badan itu sekadar angka sebaliknya semua bergantung pada hati seseorang. Mereka juga berpendapat bahawa Janna tetap cantik tidak kira berisi mahupun kurus asalkan pelakon tersebut bahagia.

"Mulut yang tanya boleh tahan, cantik je aku tengok. Tak payah bersusah payah sebab jantan. Ala saiz itu cuma berat badan itu cuma angka." - "Kita ini biar gemuk janji hati tak busuk."

"Berat badan naik atau turun tak masuk neraka pun. Gemuk ke kurus ke kalau orang tak nak kita tetap pergi. Tapi Janna tetap cantik," antara komen-komen pengguna laman sosial.












________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: