21 December 2022

RUHAINIES DEDAH JADI 'MANGSA SOGOKAN' DALAM INDUSTRI - BAGI 'HADIAH' ATAU KENA 'BOIKOT'



"Budaya sogokan atau rasuah ini sudah lama diamalkan dalam kalangan industri seni, tapi kejadian ini baru berlaku kepada saya tahun ini. Sebenarnya ia agak sensitif kerana dia merupakan seorang individu berpengaruh.


"Sebelum ini saya pernah dengar cerita macam ini tetapi tak percaya sebab saya tak suka dengan gosip dan tak sangka pula hal ini terjadi kepada saya. Sekarang ini saya memilih untuk mengunci mulut sebab saya tak nak menutup periuk nasi individu itu walaupun sekarang ini saya sudah disenarai hitam. 

"Individu ini memiliki kuasa di sebuah syarikat. Sebelum ini orang disekeliling saya pernah hadapi situasi sama dan ada juga pihak yang minta buat laporan sebab saya ada bukti, tapi saya tidak sampai hati kerana masih fikir masa depannya."

Demikian kata pelakon Ruhainies yang mendedahkan namanya dimasukkan dalam senarai hitam oleh seorang individu berpengaruh industri hiburan daripada menyertai atau bekerja di bawah syarikat produksi miliknya, ekoran dia enggan memberi hadiah mewah kepada individu tersebut sekiranya ingin mendapat tawaran berlakon.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 30, memberitahu meskipun individu tersebut tidak membuat permintaan luar biasa dan hanya mahukan hadiah mewah namun dia tetap dengan pendirian untuk tidak bergelar kaki bodek.

Malah kata pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu, dia tidak mahu menjadikan amalan rasuah perkara normal dalam bidang hiburan kerana ia boleh memberi impak besar pada masa depan.

Jelas Ruhainies lagi, dek kerana tidak mempunyai bukti kukuh selain tidak mahu mengeruhkan keadaan, dia memilih menutup mulut mengenai perkara berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut berlaku dalam industri hiburan tempatan dan sekiranya dibiarkan ia boleh merosakkan industri dengan masalah rasuah. Menurut Ruhainies, sebagai pelakon dia enggan menjadikan amalan buruk itu sebagai satu budaya ikutan. 

"Saya tidak melayan permintaannya sebab saya tak mahu amalan ini berterusan. Walaupun mereka sudah menormalisasikan budaya ini, tapi saya tak nak. Jadi saya perlu menghentikan budaya ini, bukan untuk diri saya saja tapi untuk bakat-bakat dan penerbit baharu yang nak meningkat naik. 

"Lagipun, ia boleh menjadi satu budaya yang tidak sihat dalam kalangan penggiat industri kreatif. Saya pun mungkin tidak lama berada dalam industri seni, jadi saya perlu bertindak dan melindungi penggiat seni yang teraniaya. 

"Ramai minta saya ambil tindakan berkaitan isu ini tapi saya tak sampai hati sebab fikir tentang masa depan syarikat individu tersebut. Tapi perkara ini akan terdedah dengan sendirinya nanti," katanya.

Terdahulu, Ruhainies pernah meluahkan rasa kurang senang apabila budaya rasuah bukan saja berlaku dalam industri sukan, malah berlaku dalam industri seni. 


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: