"Saya ada terbaca satu artikel yang telah membuatkan ramai orang salah faham. Apabila saya buat live di TikTok, saya hanya menjawab persoalan orang dan saya buat lawak lepastu orang ketawa.
"Jadi ada yang edit sikit-sikit.. gabungkan dalam satu video sampai nampak saya ini macam orang yang tak betul pula. Kemudian ramai yang kritik saya belum move on, meroyan hanya sebab mereka judge daripada video yang sikit itu.
"Macam mana korang tahu yang saya ni meroyan? Duduk serumah dengan saya ke? Lebih baik korang tak perlu cakap apa-apa. Jadi di sini saya nak jelaskan mengenai video pendek menunjukkan saya belum move on.
Klik untuk gambar besar
"Benda tu dah lama berlaku, tak bermaksud saya kerap cakap mengenai perkara tersebut terus nak judge saya belum move on, tertekan, meroyan, nak kata saya ni buat-buat happy.
"Pertama sekali, saya dah empat tahun tutup mulut dan kena mental torture dari pihak sana. Jadi ini adalah hak saya untuk bercakap. Bukannya saya dedahkan apa yang berlaku secara details.
"Jadi jangan mudah nak judge daripada video yang telah disunting," demikian ujar pelakon Puteri Sarah Liyana yang tampil menjelaskan mengenai tuduhan yang mengatakan dirinya meroyan, susulan tular video yang disunting dari TikTok Live memaparkan dirinya bergelak ketawa.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, perkara tersebut sudah lama berlaku dan kalau dia kerap bercakap mengenai perkara itu tidak bermakna dia belum move on.
Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan kembali mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof apabila timbul dakwaan pengarah itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.
Bagaimanapun, Puteri Sarah dilihat tetap tenang meneruskan kehidupan seperti biasa dan kini sedang menikmati percutian ke Jepun bersama dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
________ IKLAN ________
PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.
Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment