29 December 2022

"SAYA GEMBIRA, SAYA BOLEH TINGGALKAN 2022 BERSAMA-SAMA DENGAN 14 KILOGRAM..." - SHILA AMZAH



"Saya berjanji pada diri saya untuk menjaga diri dengan lebih baik dan saya berjaya lakukan pada 2022. Saya gembira, saya boleh meninggalkan 2022 bersama-sama dengan 14 kilogram yang telah saya turunkan.


"Sepanjang semua kesakitan dan halangan, saya berjaya lakukan. Alhamdulillah, untuk segala kemenangan, walaupun untuk kemenangan kecil juga dikira," tulis penyanyi Shila Amzah yang berkongsi keterujaan dimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14 kilogram (kg) sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai.

Kurang keyakinan diri disebabkan menjadi mangsa 'body shaming', Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, menjelaskan, bagi mendapatkan bentuk tubuh ideal bukanlah proses mudah buat dirinya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Shila mengakui dia pernah terfikir untuk mengambil jalan pintas untuk kurus dengan menggunakan prosedur memasuki belon dalam perut. Shila bagaimanapun enggan melalui prosedur itu kerana bimbang akan memudaratkan vokalnya.

Perkongsian pelatun lagu 'Khilaf Asmara' itu dibanjiri dengan ucapan dan kata-kata positif daripada pengguna laman sosial. Malah, mereka turut mendoakan Shila agar terus kuat bagi menempuhi dugaan dan cabaran tahun baharu.

Sementara itu, Shila tidak pernah menolak sekiranya diberi peluang bercinta lagi, namun lelaki pilihannya itu perlu bebas daripada bebanan hidup. Ini kerana Shila berpendapat, dia tidak mahu teman hidupnya itu dibebani dengan masalah silam sebelum memulakan kehidupan baharu.



"Saya tidak pernah menolak bercinta lagi, tetapi dalam masa yang sama, saya yakin sesiapa yang ada bebanan hidup perit seperti saya perlu menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu.

"Sebabnya, saya tidak mahu si dia terbeban dan memikul tanggungjawab untuk mengendalikan masalah saya. Jadi apabila saya berjumpanya, saya hendak ada lebih ruang untuk menyayangi, tenang fikiran dan tidak terbeban dengan masalah lalu," katanya.

Terduhulu, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 ini mengakui perjalanan dan keperitan mengharungi episod hitam dalam rumah tangganya sehingga kini masih terasa. Namun, selepas berjaya mencipta dan menulis lirik lagu 'Jauh Hati', Shila berkata dirinya berasa sangat lega dan seakan hidup semula.



"Kehidupan saya selepas habis dengan kisah tersebut, saya lebih tenang dan lega. Rasa lebih 'bubbly', ceria dan lepas habis proses itu, perasaan jadi luar biasa. Kadang kala saya rasa macam sudah dapat semula kehidupan asal saya, rasa lebih muda, bertenaga dan hidup lebih bermanfaat.

"Sebab itu, saya memilih mengeluarkan single mengenai kisah rumah tangga pada hujung 2022. Ini kerana saya mahu betul-betul tinggalkan kisah ini pada tahun ini dan melangkah ke 2023 dengan perasaan dan semangat baru," tuturnya.

Untuk makluman, Shila dan bekas suami, Haris Elias berkahwin pada April 2018 dan bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.









________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: